Wednesday, 28 June 2017

Sumbak dan Darak

Jom kita belajar longhat Terengganu hari ni - SUMBAK dan DARAK.

 'Sumbak' ni sebenarnya 'sumbat'.. Kalau longhat Terengganu, huruf 'T' dihujung perkataan, akan berbunyi huruf 'K'.

Sumbak maksudnya 'traffic jem/sesak sangat (Traffic congestion)'.

Contoh ayat : Jalang sumbak dari pagi tadi gi. (Jalan jem giler start dari pagi tadi lagi).

***

Darak pulak sebenarnya 'Darat'. Darak ni maksudnya 'Jakun'..

Contoh ayat :
Darak ngat mu ni (Jakun sangat kamu ni) ;

Bile orang darak turung bando, semua bende nok tengok (Bila orang jakun masuk ke bandar, semua benda terpegun nak tengok).

Hehehe.. Bunyi macam kelakar kan? Tapi itulah keunikan loghat Terengganu..
Selamat hari raya semua. * Peace*

Tuesday, 27 June 2017

My Travel Towel




Ini adalah tuala yang aku selalu bawa bila pergi travel mana-mana walaupun untuk balik kampung , hatta bawa pergi camping atau hiking..

Tuala biru tu aku punya. Yang hijau tu FL punya. Dua-dua ni tuala microfiber. Sangat ringan, sangat lembut, cepat kering dan jugak boleh lipat kecil-kecil. Microfiber towel ni disebut juga sebagai pocket towel. Sebab boleh muat dilipat kecil -kecil, muat masuk poket atau handbag.

Tuala belang biru-putih tu saiz dia sebesar tapak tangan je bila dilipat dan setinggi botol mineral yang bersaiz kecil. So kalau masuk dalam beg, memang tak makan banyak space.

Tuala biru-putih tu jenama Kathamndu, aku kirim kat Blogger John belikan kat Butik Kathmandu di Melbourne lama dulu. Tuala hijau yang FL punya tu, jenama Sea Summit beli kat kiosk yang jual peralatan untuk aktiviti outdoor kat Alamanda, Putarajaya (kiosk depan Butik Travel Time).


Monday, 26 June 2017

OOTD Hari Raya 2017





Raya tahun ni tema warna BIRU..
#teamrayabiru

Outfit mummy :
Tudung : Tudung Jalan TAR
Top & Skirt : TUCZ (Butik TUCZ kat Alamanda, Putrajaya).

Outfit FL :
Koleksi LARA ALANA dari JAKEL.

Berkeris di Pagi Raya

Suamiku hari ni menjadi Pahlawan Melayu..





Tahun ni tema raya kami - BIRU. #teamrumahbiru ..

Baju melayu tu beli kat Jalan TAR hari tu.Baju tu dijual siap dengan butang keris tu.. Tak tahu pulak butang tu tengah viral. Kitaorang beli baju tu sebab cuting dia ngam dengan en.suami.Pastu,murah pulak tu. Aku rasa tahun depan, trend butang 'wau' pulak tak pun bentuk 'bunga', ataupun bentuk 'masjid'... Ngehngehngeh...

Sunday, 25 June 2017

Eid-Mubarak 1438H!


In every shared smile and laughter, in every silent prayer answered, in every opportunity that comes your way – May Allah bless you immensely!

Eid Mubarak 1438h to all my readers.. You are always in my thoughts... Forgive me for all my wrong doings if i ever hurt you through my writtings...Thank you also for always support me and read all my words. May you enjoy every single moments on this eid-fitr..

Saturday, 24 June 2017

Berbuka Puasa di Masjid

Dulu, masa aku bujang dulu aku selalu buka puasa kat masjid. Boleh dikatakan hari - hari aku berbuka di masjid. Masjid yang paling aku suka ialah Masjid Putra, Putrajaya. Sebab kat situ suasana dia best sangat, rasa macam berbuka kat masjid di Tanah Suci. Dan mereka yang berbuka kat situ terdiri dari semua kelas masyarakat - ada yang kaya taraf pak menteri dan ada yang miskin atau asnaf. Tetapi pabila duduk makan atas tikar yang sama, kita semua adalah sama - saudara seislam yang menyembah Allah Yang Satu.

Kenapa aku buka puasa di masjid? Sebabnya aku nak barakah dan nak kumpul pahala sebanyak mungkin dalam bulan Ramadhan ni. Aku tak nak terkejar-kejar, nanti aku juga yang penat. Jadinya, lebih baiklah aku berbuka saja di masjid, selepas berbuka boleh terus solat magrib berjemaah. Pastu, boleh rehat kejap sementara nak tunggu azan isyak. Dan seterusnya boleh terus solat isyak dan solat terawikh berjemaah. So, tak lah terkejar-kejar nak ke masjid / surau untuk menunaikan solat terawikh jika berbuka puasa di rumah.



Pastu, bila masuk ofis esokkannya, bila kawan - kawan tanya "semalam berbuka kat mana? " (Diaorang saja tanya tanda prihatin). Jawab aku, "berbuka makan nasi kat masjid". Pastu diaorang gelak atau barangkali senyum sinis.

"Aku masa study bolehlah berbuka kat masjid, sebab masa tu tak ada duit",kata mereka.  So, adakah maksudnya, dia cuba nak kata aku ni pokai/ 'tak-ada-duit' sebab tu berbuka puasa di masjid??



Kalau aku balik kampung pulak, maid a.k.a bibik yang bekerja di rumah keluargaku akan tanya :

Bibik : "Kamu buka puasa macam mana di sana?".

Aku : "saya berbuka puasa di masjid bik".

Bibik : "Apaaaa???? (pastu gelak) "

Aku : "Kenapa bik? Kenapa bibik gelak?"

Bibik : "Kamu malas ya masak?" atau "kok mahu berjimat duit ya? "

Aku : "Tak lah bik. Saya nak senang. Usai makan, saya boleh terus boleh solat di sana".

Bibik : " Ooooowwh begitunya? "

Berdasarkan 2 perbualan yang aku nyatakan ni, aku rasa masyarakat Malaysia masih lagi mempunyai stigma yang orang berbuka kat masjid adalah merupakan mereka yang 'cheapskate' atau meraka-yang-suka-makan-free.




Jujur aku katakan yang aku sedih bila ada segelintir masyarakat yang mempunyai stigma macam tu. Sedangkan di Tanah Suci Mekah dan Madinah, berbuka puasa di masjid adalah digalakkan dan semua jemaah enjoy je berbuka di masjid, walaupun orang tu bergelar Mak Datin atau Tan Sri atau anak raja sekalipun,tidak ada langsung perbezaan taraf ketika beribadat dan masyarakat kita tidak pula beranggapan jemaah di Tanah Suci yang berbuka di masjid sebagai 'cheapskate'. Tetapi bila kat Malaysia, kenapa wujud stigma macam tu?

Kenapa kita semua tak boleh berfikiran positif jer dari duk mengata orang tu cheapskate lah, kedekutlah, nak berjimat, malas, dan yang seangkatan waktu dengannya. Kalau kita tak boleh nak buat kebaikan dan kebajikan, janganlah kita bersangka buruk pada orang yang berusaha nak mencari redho Allah. Sepatutnya di bulan yang mulia ini, kita perbanyakan berdoa dan berzikir dari bersangka yang bukan-bukan...

Aku berharap semoga selepas ini, di tahun-tahun akan datang, stigma masyarakat yang mengatakan berbuka puasa di masjid itu adalah orang yang 'cheapskate' dapat diubah kepada yang lebih baik dan positif. 

Ok lah, itu je nak cerita pasal kisah berbuka puasa. Esok dah raya, so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti buat semua pembaca Dorsett Pink. Semoga perjalanan kalian untuk pulang beraya di kampung selamat,selamat pergi dan selamat pulang...

Terima kasih korang sebab sudi membaca entri ini.. 

P/S : Semua gambar diatas adalah di Masjid al- Hasanah, Bandar Baru Bangi..

Wednesday, 21 June 2017

Jualan Hari Raya di Car Boot Sale UPM Serdang

Dah nak dekat raya kan? Hari ni Lebuhraya dah start sibuk, orang dah start pulang ke kampung.. Esok lusa jangan cakap la, lagilah makin sesak. Jadi, rancang perjalanan anda sebaiknya. Kad Touch&Go tu jangan lupa top-up siap-siap.

Tapi dah saat akhir ni, korang dah habis shopping ke? Kalau belum, datang lah ke Univerisiti Putra Malaysia ( UPM) , Serdang. Sebab kat sini ada car boot sale, bukan student UPM yang jual tau. Semua yang jual kat sini peniaga dari luar. Memang kat UPM ni setiap hari Rabu di minggu terakhir setia p bulan ada car boot sale ni. Sehari je setiap bulan, tapi sempena raya ni, car boot sale dibuat 2 hari - hari ni & hari esok.

Bertempat di tempat parking hadapan Dewan Besar UPM. So, korang yang stay di area Bangi, Sri Kembangan, Balakong, Kajang, Putrajaya, Puchong boleh la datang sini...

Macam-macam ada jual kat sini. Ada tudung, ada blouse, ada kerongsang, baju kanak-kanak dan sebagainya. Semuanya murah-murah.