Baby tak nak makan

in , , , by dorsett pink, April 24, 2015
Fl sekarang ni tak nak makan langsung.. Dah sebulan lah aku struggle dengan situasi ni.. Sebelum ni apa benda semua die makan tolak batu dengan kayu jer.. Kalau orang besar makan, macam aku atau daddy die makan, time tu jugak, die capai pinggan kitaorang and makan nasi walaupun dia belum boleh makan nasi biji-biji tu lagi.. Masa tu memang tak susah nak bagi dia makan, sebab tak kira waktu dia asyik nak makan jer walaupun die ni kurus jer..
Macam ni lah rupa dia bile bagi makan


Tapi sekarang, Apa benda pun dia tak nak makan. Bila suap makanan kat dia, dia tutup mulut dia rapat-rapat tak nak makan. Aduuuhaiii.. Kadang-kadang aku geram jugak, sebab kita dah bersusah payah masak sedap-sedap , the end dia refuse.. And that's why, sekarang ni berat badan die turun mendadak, dah underweight dah doctor cakap... huhu...
Tengok! Nangiss..
Dia banayk minum susu, susu mummy dia. hehe.. Memang serius banyak.. Tapi kalau air masak or jus, dia minum jugak. Pendek kata, dia suka air jer skrang... Dia ni hantu buah, dulu bukan main suka giler makan buah tapi skrang dah tak nak. Kadang-kadang ada jugak makan buah bile aku bagi tapi dia makan tak banyak lah, just sekadar nak rasa kat lidah..
Aku try tukar menu hari-hari, mana tahu baby ni kan cepat bosan.. But, end up sama jer, die tak nak pun. Dia tak rasa lagi makanan tu, dia dah tutup mulut awal-awal... Aduuussss,,... memang ni time yang sangat kritikal, and that's why jugak aku jarang update blog sekarang sebab stress dengan fasa food strike ni... huhuhu..
Dah jumpa paeditrician, tapi paed just cakap, pujuk je dia suruh makan.. Alahai,, aku and ayah dia  dah pujuk banyak kali dah , tak berjalan...
Sebiji macam budak ni..


 ==((

Baby Food :: Cheese Stick

in , by dorsett pink, April 23, 2015
FL sekarang sah 10 bulan.. How time flies... Rasa macam baru semalam aku masuk labour room and lahirkan die. Dah 10 bulan ni, dah macam-macam ragam die dah.. Suka sangat memanjat macam mummy die yang suka panjat gunung, (walau dia masih belum boleh berjalan)..

Dan sekarang jugak, dia dah tak nak makan makanan yang diblend walau gigi hanya 2 batang.. Dia nak makan apa yang mummy and daddy makan. Kalau nasi tu, jangan harap die nak makan bubur atau nasi lembik, tak mahu nyaa.. Dia nak nasik keras macam mummy makan.. Dan jugak, nak pegang sendiri dah makanan, tak nak main suap-suap ni..Alahaiii si anak... Sabo je mummy ko ni..

Bila makanan nak pegang sendiri, jadinya, mummy kene bagi buah yang dipotong bagi dia pegang, nanti dia makan sampai habis. Roti, biskut semua macam tu.... Cuma nasi and pasta je tak pass lagi skrang..

Thank you packcik gugel for this image
 
Dia suka makan cheese, Jadinya mummy beli cheese stick untuk dia pegang.. Cheese stick nI memang khas untuk kanak-kanak-kanak pun tapi kalau orang dewasa nak makan cheese stick ni no hal, ngap jer..

Aku beli jenama Beqa.. Because of HALAL dan kurang garam.. Cheese stick ni susah nak cari sebab bukan semua tempat ada jual.. kat giant depan umah aku tak ade.. So, yang ini aku geli kat Tesco IoI City Mall, Putrajaya. Harga 1 paket ni (1 paket ada 4 stick), RM 8.99.. Pricey jugak ler.. 

So, pada mummy or daddy yang nak try bagi anak cheese , boleh try bagi cheese stick ni.. more fun maybe..
 

Samsung S6 in My Dreams

in , by dorsett pink, April 17, 2015
Samsung s6 baru je launching 15 Mac hari tu.. Melting nye aku tengok... Terus rasa nak beli.. TAPI... ce mana nak beli nya.. tak mampu lagi. ? Kene tunggu en.suamui murah hati belikan. Hahaha.. kalau dapat.. kalau tak, hanya mampu bersarang dalam mimpi jer..



Sebab apa aku nak sangat hp ni??

★ Sebabnya kamera die 16 mega pixel..Setanding dgn kamera profesional. Kamera depan pulak 5 mega pixel. Kamera compact aku pun cume 12 mp jer.. huhu.. 

★Lagi satu, sebab die nipis and ringan giler.. boleh selit kat planner aku jer..

★ Os die android. Processor die pulak guna Quad-core 1.5 ghz & quad-core 2.1 ghz

★ memory RAM die , 3 GB


Kerana itulah, aku asyik mimpi en.s6 ni jer... huhu

Breastfeeding : Pentingnya sokongan suami

in , by dorsett pink, April 14, 2015
Ini stok ebm aku masa bulan Disember 2014 dulu. Masa tu heaven giler rasanya.. Masa tu FL umur  6 bulan. Sekarang FL dah umur 10 bulan dan masih lagi fully breast feeding (BF).

Macam mana nak jayakan exclusive breastfeeding? At least dapat breast feeding (bf) sepenuhnya 6 bulan pertama pun dah kira ok dah, dah cemerlang sangat dah.. Bila dah 6 bulan tu, kalau nak campur dengan FM (formula milk) pun dah ok tapi kalau ada rezeki lebih berilah susu ibu kat anak seboleh yang mungkin , kalau boleh sampai umur anak 2 tahun tapi kalau tak ade rezeki, nak buat macam mana. Its ok. Lagipun, bila baby umur 6 bulan, die dah start makan solid food, jadi badan die dah boleh absorb makanan lain selain dari susu ibu.

Ok, nak menjayakan penyusuan susu badan ni bukan benda yang mudah tau.. Mummy yang tegar BF tahu benda ni.. Sangat mencabar especially bagi mummy yang bekerja, nak dapatkan kuantiti susu yang sama setiap hari bila pam, huh! bukan senang..

Kalu kite stress ke, atau penat sikit ker, atau busy dengan kerja (tak sempat nak pam), susu boleh drop. Kalau makan tak banyak, minum air pun kurang, susu pun akan drop jugak... 

So, yang penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu ni, Sokongan suami tu lah yang sangat penting sebenarnya.. So, macam mana en.suami nak bagi sokongan sebab die sendiri pun tak pernah pam susu apatah lagi nak bagi direct feeding kat anak sebab depa tak da susu.

Sebab apa aku kata penting sedangkan depa tak ada susu? Sebab nya suami lah yang paling rapat dengan si isteri. Kalau isteri nak mengadu domba pun, kat si suami lah diluahkan perasaan nya. Tapi macam mana suami nak tolong? Caranya, en.suami pun kene ada banyak ilmu tentang breast feeiding ni. Sekarang ni internet kat hujung jari jer, just tanya je kat pakcik gugel, banyak giler ilmu yang korang dapat. Buku pasal BF pun banyak jual kat kedai-kedai buku and kelas BF pun dah banyak sekarang.

So, masa si isteri tengah preknen tu, apa kata si isteri ajak suami gi kelas BF sama-sama. Walaupun bukan suami yang nak susukan anak, tapi suami pun kene tahu jugak pasal BF ni. Kadang-kadang kite ni para isteri bila stress atau penat, kita mudah give up and mudah lupa apa yang kite tahu/belajar dulu. So, kat sini, si suami boleh tolong ingatkan dan tolong apa yang patut.

For the first time parents, mencabar jugak ni.. Experience aku dulu, masa mula-mula FL lahir, susu aku tak keluar walhal aku tahu susu aku banyak sebab masa mengandung, susu aku dah keluar sejak preggy 5 bulan.. Masa tu aku stress sangat sebab baby asyik menangis jer. Nurse pulak duk suruh aku bagi FM kat anak aku. Lagi lah aku punya stress... Nurse tu nurse baru die tak ade pengalaman langsung. Padahal masa preknen dulu, aku dah pergi kelas BF 3 kali. Tapi bila anak depan mata ni, nahhh! ko sendiri rasa macam mana. Tak sama langsung dengan teori. (But at least, u gain some knowledge already dari langsung tak tahu apa-apa). So, en.suami lah calm kan keadaan aku masa tu. Dia terus panggil lactation kat hospital tu untuk consult kitaorang macam mana nak bf baby. Rasanya sejam jugak lah consultation hour tu.. Dan Alhamdulillah, lepas tu aku dah dapat susukan anak aku dengan tenang.

Tapi hujan kat tengah jalan. Stok susu aku tak selamanya banyak. Banyak  hari yang susu aku drop. Masa tu en. suami lah yang ingatkan  untuk buat power pumping and makan milk booster. Masa aku tengah penat dengan kerja-kerja hari-hari (bila penat, susu drop), en.suami tolong aku untuk buat kerja umah.

Nak handle stok ebm pun kene ade ilmu jugak.Dalam rumah tangga ni kene saling tolong-menolong, barulah bahagia rumah tangga tu. Jadinya, en.suami pun kene tahu jugak macam mana nak handle stok ebm ni. Sebab ada ketikanya si isteri langsung tak cukup masa nak handle ebm sebab duk asyik susukan anak dan nak masak lagi, nak gosok baju lagi dan bla-bla-bla...

So, nasihat aku pada 1st time parents to be, timbalah ilmu sebanyak mana. Lagi banyak dapat, lagi bagus. Breast feeding is a natural  but not always easy as we tough.

Good luck!

1st Segmen Kerjaya Blogger IPT by NJiheam

in , , by dorsett pink, April 13, 2015
 
 aku terbaca entry GA ni kat studioous.blogspot.com. Segmen GA ni dah tamat, tapi aku nak share gak citer aku pasal study kat ipt ni.. hehe.. mana tahu ade yang berminat nak tahu.. hehe
 
 
1.Kursus yang diambil masa asasi dan uni.
Ok, aku dulu tak ade ambik asasi atau matrik apa,.. Aku terus ambik diploma.. Belajar diploma 3 tahun, terus dapat sijil Diploma. Aku dulu belajar diploma kat Uitm Sri Iskandar, kursus Perancangan Bandar dan wilayah under fakulti senibina, perancangan dan ukur (fspu). Zaman diploma ni bagi aku zaman yang sangat best masa aku kat university. Sebab masa ni otak pun tak matang lagi, so aku banyak main and suka buat bende ikut suka hati aku... And masa ni jugak, aku takperlu piker pasal Boyfriend ke kahwin ke, komitment ke, janji belajar jer...


2. StudyPlan (kalau ada, tak ada biar je)
Study plan?? hahaha..
Lepas habis diploma, aku sambung degree kat Uitm Shah Alam. Masa ambik diploma dulu, aku bercita-cita nak sambung belajar kat Uk, tak kesahlah masa degree ke, master ke or phd.. But end up, aku belajar kat Malaysia sampai la phd skrang ni.. bukan sebab tak dapat scholarship, tapi mungkin sebab komiment keluarga.. Aku ni  jenis family man (gitew), so nak jauh dengan family especially dengan en. suami.. huhu.. tak sanggupp rasanya..,

So, pas habis degree dalam town planning, aku sambung master kat UPM under fakulti engineering, ambik remote sensing and Geographic information system.. Masa sambung master tu, aku dah kerje dah sebenarnya, kat firm swasta tapi mood nak belajar masa tu membuak-buak , jadi aku further je la study.. Lagipun aku piker aku nak habiskan master sebelum aku kahwin. Nanti dah kahwin, banyak pulak bende lain nak pikir..

Alhamdulillah, lepas setahun 1/2 pulun buat master kat UPM, aku grad dengan cemerlang.. Alhamdulillah. Sebelum aku grad, aku dah dapat offer kerja dengan government. Actually, aku tak berminat sangat nak kerja government ni, isi borang s.p.a pun just main ikut kawan jer, then bila dapat interview, aku redah je pergi.. Tup2, dapat pulak kerja ni..

Pikir punya piker, lepas dah puas consult dengan kawan and family, dieorang cakap, kalau tak suka, nanti boleh resign jer.. Ok, aku pun pergilah lapor diri kerja dengan gomen, pangkat J41..

Aku dah target bile umur aku 29 tahun, aku nak sambung Phd, by hook or by crook, aku tetap nak sambung PHD biarlah apa pun rintangan nya.. Soal duit, nak bayar yuran belajar, InshaAllah Allah swt tolong aku (itu yang ada dalam pikiran aku masa tu).

Then, genaplah umur aku 29tahun, aku pun sambung PHD.. Alhamdulilllah.. Tapi sebelum sambung tu, aku dah berhenti kerja dengan gomen.. hehe (Kenapa berhenti? nanti-nanti lah aku citer). Aku behenti keje pun bila dah confirm. and aku dah servis dengan gomen for 5 years..  

Sekarang aku kini di tahun 2 pengajian PHD aku..hehe


 3. Pandangan masyarakat tentang kursus tu dan apakah sebetulnya?
 
Masa aku ambik diploma dulu, orang selalu kata, tukar la course, tukar la course sebab nanti tak ada kerja..
 
Pastu lagi satu yang telinga aku selalu dengar, tak yah la susah-susah sambung degree nanti kerja bukannya dapat jadi officer pun atau executive sebab ko grad dari uitm.. Mostly, yang kerje kat government tu, pangkat J41 , semuanya graduate dari UTM..
 
hahahhaha.. aku layankan jer masa tu.. senyum kambing je aku.. lantak lah orang nak cakap apa pun.. Rezeki Allah yang tentukan.. Masa tu aku pikir.." mana tahu, kot-kot rezeki aku jadi jutawan jual minyak, tak ade la aku nak kerje gomen"..
 
hahaha..definitely, apa yang dieorang kata tu salah.. semua kawan-kawan aku bila grad terus dapat kerja, tak ade pun yang tanam anggur kat umah.. in fact, ramai jer yang kerje  dengan developer and kerja dengan kerajaan sekarang.. Well, kami semua graduated dari uitm tau..
 
mungkin orang kata course aku ni tak ade kerja nanti, sebab mungkin course aku ni tak seglamour course farmasi, architecture, medic, or even fashion designer.. sebab tu la orang kata tak ade kerja bila grad... huhu..
 
Aku sedih dengan dieorang yang piker macam tu..


 4. Cara anda survive...
Cara aku survive?? survive masa study? errrmmm...

Kalau tak ade duit, aku makan maggi jer, memang banyak stok maggi kat bilik.. Tak pun aku puasa.. Course aku banyak guna duit, jadi duit yang ade aku banyak habis beli kat barang-barang untuk buat projek studio... perrhgghh! Memang pokai masa belajar dulu..

Tapi paling susah dan mencabar bile kene siapkan studio project yang bapak punya susah.. Tak tidur malam tu lumrah untuk student studio base. Tanya la kat sapa2 yang ambik studio, kalau dia boleh tidur lena jam 12 malam, alamaknya, next sem batang hidung die dah tak Nampak dah kat kelas.. hehehe.. Bertuah la sapa dapat tidur jam 12 malam... Aku dulu paling awal tidur pun jam 3 pagi, then, kul 8 pagi dah kene bangun pi kelas...

Biasanya lepas subuh la baru tidur..itupun lucky kalau kelas petang.. Aku punya rekod, 36 jam tak tidur.. Kawan aku lagi dashyat, 48 jam tak tidur.. Super duper hebat la.. Masa belajar tu (undergrad punya citer ni tau), aku survive guna kacip fatimah jer la ngan nescafe.. memang masa undergrad dulu, aku ni caffeinated.. Sebab nak berjaga malam, jadi kelawar, tu sebab kene banyak minum nescafe and kacip Fatimah..

Elok ke tak elok ke aku dah tak peduli, janji aku siap kerja studio aku and aku submit and aku dapat grad on time...

Kalau masa exam pulak, kitaorang mana sempat nak study, sebab asyik duk pulun buat projek studio jer.. Jadinya, kitaorang study last minit. Esok nak exam, baru hari ni nak study.. Well, adik-adik, jangan ikut cara kakak ko ni.. Ikut la cara yang betul.. Kakak ko ni sebab tak ada pilihan, so main redah jer.. Janji exam score , tak kesah lah nak study bila-bila pun..

5. Medium mereka untuk bertanya lebih lanjut secara personal dengan anda atau individu tertentu
Ok, kalau nak tanya apa-apa tentang study atau apa soalan sekali pun, boleh email aku kat dorsett.pink14@gmail.com


6. Suntikan motivasi
Suntikan motivasi?? hahahhaha.. ni siyes, aku fail sebab aku pun tak bermotivasi.. hahahahaha

Tapi aku nak nasihatkan kat student-student yang tengah belajar undergrad yang baca blog aku ni.. Kalau nak berjaya, bawaklah pen kemana sahaja anda pergi dengan sekeping kertas.. Mana tahu, on the way tunggu bas tu boleh catat apa-apa nota atau lecture note atau idea yang terlintasdalam kepala, note down atas kertas. So nanti bila balik bilik/ balik umah, tak lupa and terus masukkan dalam note book.

lagi satu, jangan lupa niat belajar KERANA ALLAH TAALA.InshaAllah, apa yang getir pasti dapat ditempuhi dengan tenang..



7. Bagi yang sudah bekerjaya, boleh tambah cerita pengalaman bekerja bla..bla..
Pengalaman kerja?? hahahhaa.. Ni part yang paling malas aku nak citer kat orang...
Sebabnya, aku dah resign.....
Tapi aku ada pengalaman kerja sebagai professional selama 5 tahun...


Ok lah, tu je kot citer aku pasal study dulu-dulu.. hehehe.. Bagi yang masih undergrad sekrang, Nikamtilah life anda sebagai student undergrad puas-puas, just be yourself and enjoy.. Sebab nanti bila dah masuk postgrad, life dah berbeza , dah tak sama dah and bila bekerja, lagi la life langsung berbeza.. So, just enjoy je apa yang ada di depan mata sekarang =))

Peace! 
 
 

Have fun at KIDZ PARADISE

in , by dorsett pink, April 10, 2015
 
Bulan lepas masa cuti sekolah aku bawak budak-budak pergi Kidz Paradise (my gurl & my sister & my brother). Sorry, baru nak update.. hehe..Kidz Paradise ni kat dalam The Mines Shopping Mall, kat Seri Kembangan. Best datang sini, budak-budak memang enjoy.
 
Bayaran masuk :
RM 25 seorang untuk toodler and kidz umur 6 bulan sampai 12 tahun. So, kidz yang umur 13 tahun dah tak perlu bayar (Actually 13 tahun bukan kidz lagi dah, dah teenager namanya). Bayar RM 25 duduk la puas-puas kat dalam tu sampai bosan. Kiranya, RM25 ni untuk 1 hari punya tiket. Pas bayar, boleh jer nak keluar masuk kalau nak pergi toilet ke, atau nak gi makan ke, yang penting tiket yang diikat macam gelang kat tangan tu jangan buang.
 
Kat dalam ni ada baby changing room, and ada Wi-Fi untuk mummy & daddy main internet, plus blogging sementara tunggu anak-anak main. Nak masuk dalam ni, kene pakai stokin, so jangan lupa bawak stoking, kalau tak terpaksalah beli stokin. Mummy and daddy pun kena pakai stokin jugak. Kalau nak beli stokin kat sini pun boleh, 1 pasang RM4.
 
Banyak giler mainan kat dalam ni. So, jom lah kite layan gambar...
 
 
Ni gambar dari luar

 


Ni tempat lompat-lompat

Gelongsor ni mummy & daddy nak naik sekali pun boleh tapi kalau pecah, sendiri bayar lah..
 
My sister , Batrisya & my baby gurl, FL. Fl duduk dalam ni, dia buat macam kolam renang, buat aksi renang berirama.

Ok, penat main, rehat jap minum air

Ni kinectic sand punya corner.
 

Budak kecik ni memang suka sangat drive kereta. Selalu nak drive kereta bapak dia, so kali ni dapat peluang keemasan pandu kereta sendiri


Main cak-cak dengan mummy

Three of them tengah bertungkus-lumus buat bangunan. Yang sorang rambut toncang tu, supervisor, kerjanya tengok jer orang buat kerje. DIa pantau je orang buat kerja..

Inilah hasil bangunannya

 
Mummy pun join skali main ball ngan budak aktif ni. Enjoy sangat dia dapat main tanpa batasan kat sini.
 
Penat main, masuk kereta terus tidur tak ingat sampai dah sampai umah pun, sambung tidur lagi... Letih sangat tu..
 
So, u'all bawaklah anak-anak datang sini. Highly recommended.. 'Coz its really fun and for sure your children will love it..
 
That's all, tq for reading..

My Lunch yang Simple

in , by dorsett pink, April 02, 2015
Assalamualaikum u'oll..
 
Rasa dah lama sangat tak jenguk blog ni.. Nak blogwalking apatah lagi.. huhu.
Sorry ye kawan-kawan. Saya bukan melupakan kamu semua tapi masa sangat mencemburui.. (ceewaahhhh, ayat tak boleh blah..)..
 
Aku baru je balik dari Langkawi, short escapes to langkawi weekend ni. Ni baru je balik. Kat sana, aku langsung tak sempat nak bukak tab, nak tengok blog, sibuk duk nyoping ... hehe... Trip ke Langkawi tu nanti lah aku cerita..
 
*************************************************************
 
Kali ni aku nak share makanan lunch aku hari ni..Penat nak masak, jadi aku masak simple-simple jer , janji perut kenyang dan makanan berkhasiat..
 
Taaaaa dddaaaa....... Ni dia...



Aku goreng minced beef jer, sekali dengan celery and onion, then, inilah hasilnya... Aku makan sekali dengan nasi putih panas-panas , dengan telur goreng skali..
Yummmyy, yummy, sedap gak..
 
Ok, got to go..
Tunggu my next update ya...
Tq for reading ye u'oll
© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE