Friday, 29 January 2016

Yodabashi, Osaka untuk Si Kaki Kamera

Yodabashi, Osaka - tempat yang last aku nak citer pasal trip ke Osaka hari tu.  Kiranya ni penamat entry untuk Trip Osaka-Kyoto, lepas ni entry summary pulak untuk trip ni. Alhamdulillah, at last, aku dapat jugak end up travelogue aku kali ni tak seperti travelogue-travelogue lain, yang tak tamat-tamat.. huhu..
 
Actually, aku singgah di Yodabashi ni sebab nak ke 'Floating Garden' atau nama sebenarnya 'Umeda Sky Building', tapi sebabkan hari hujan, so aku tak dapat la nak berjalan ke sana, plus my baby punya stroller tak ada rai cover, so kami lepak je la kat Yodabashi ni..
 
Serious memang tertawan bila datang sini sebab semua bende (gadjet) ada kat sini. Yodabashi ni ibarat 'Low-Yat, Bukit Bintang' la.. Tapi kat sini lagi happening. Nak Shopping pun best sebab banyak shopping mall area sini.  
 
 
  
Ni baru tiang kamera jer, dah rambang mata nak pilih. Macam-macam harge, korang pilih la mana yang berkenan.

Ni beg kamera. Nak design apa - cakap jer, semuanya korang boleh dapat kat sini.
Tapi soal harga aku tak tahulah sebab aku tak survey harge kat sini..

Ni baru sebahagian dari lampu kamera.. Ada banyak lagi yang aku tak sempat nak snap gambar.. Kamera pun ada macam-macam jenis dijual , dari kamera zaman tok-kadok dulu sampailah ke zaman DSLR la ni.. Kalau 'lens' tak payah cakap la, korang pilih jer mana yang korang nak, semua ada.. Selain dari kamera, barang elektrik & gadjet-gadjet lain pun banyak pilihan kat sini. kalau casing telipon tu, macam-macam design boleh dapat.

Ni majalah fotografi.. Bermacam-macam majalah ada dijual.. Khas untuk fotografi jer..


See! Ni heaven untuk aku si washi tape lover. Macam-macam design yang confirm aku tak dapat nak jumpa kat Malaysia.. So, memang aku beli la jugak washi tape kat sini buat penambah koleksi washi tape aku walaupun harganya agak mahal la jugak..
 
 
Ni area sekitar Yodabashi.. Memnag happening kat sini, sentiasa ramai orang..
 
 
How to get here :
1. Naik subway 'Midosuji Line' (Line warna MERAH).
2. Stop kat Stesen 'Yodabashi' (M17)
3. Pastu cari jalan keluar, naik tangga/lift, terus terpaksa kat depan bangunan ni..
 
 
Arigato-gozaimas sebab membaca..
Jumpa lagi..
Happy holiday everyone!

Thursday, 28 January 2016

Tips : Time Management for Ph.D Students

    Sekarang ni aku tengah sibuk la men 'google' pasal TIME MANAGEMENT untuk Ph.D student. Sebab sekarang aku rasa masa aku terlalu sesak, dah macam nak lemas.. Aku ada 2 tangan jer, kerja yang nak dibuatnya banyak.. Dah tak cukup tangan 10 jari aku ni.. Skrang ni aku busy buat data analysis & sibuk nak menulis Chapter 3 (Methodology Chapter). Sebab tu la aku jarang update blog lately.. Sebab nak utamakan study aku dulu..even handphone pun dipandang sepi jer skrang ni. Guna handphone bila perlu & masa makan jer. Masa lain sibuk buat kerja kat laptop.. huhu..
    So, search punya search.. Aku jumpalah satu article ni pasal 'Time Management untuk Ph.D Student' , and I think it is practical for myself. Aku jumpa kat website ni - https://iad4phd.wordpress.com/2011/10/19/time-management-tips-for-new-phds/
  1. Attend a Time Management workshop (and make sure you actually make time to attend). 
  2. Set yourself small/managable goals to work towards so you don’t get overwhelmed with the size of your task.
  3. Get your bibliography organised…if you get your references organised at the beginning it will save you time when it comes to writing up such as "Endnote software, Mendeley, Atlas.ti , etc..
  4. Make lists or mindmaps to help you to organise your thoughts.
  5. Get into a good routine
  6. Find out what type of worker you are (do you work best in the morning or evening?) and don’t worry if that’s different than your colleagues
  7. Find out how you procrastinate (delay) and have a strategy in place to manage that.
  8. Have designated time set aside in the day for things like Facebook, Instagram, personal emails, BLOG etc…
  9. Plan for meetings with your supervisor.
  10. If you are going to procrastinate, do something useful: read a blog related to your field.
Selain tu jugak, aku nak tambah lagi 2 tips yang memang berkesan kat aku selama ni :
#1. Hari-hari buat kerja (research) at least 30 minit sehari.
#2. Gunakan planner untuk 'plan for your work' - (that's why I am a planner addict... hehe).
This is a note for myself also. In future, I might use it. And also a good tips for you (master & phd student) to manage your time.. May it benefit you as well..
Thanks for reading.. 

Friday, 22 January 2016

Perception


Yesterday, my husband gave me a tazkirah as always, but yesterday he focused  on  "PERCEPTION". He just went back to KL from somewhere else (outstation) for business meeting and during his long flight, we watched a movie call "Intern" - if u ever heard about that tittle, for sure u know. But I am not a movie's fan, so I do not know what that movie was about. 

Actually, the word perception came across his mind when we've seen a big advertising board on the roadside.  It just A singboard, tapi tazkirahnya panjang lebar..Ye la, he always gave tazkirah, ceramah and all sort of dakwah approaches to people, thats why he did the same in our family. So secara tak langsung, ilmu agama berkembang dalam komuniti yang kecik ni.That's a part i like about him since he can push me to be a wanita syurga. InshaAllah.

Since i was married with him on day 1,every single day has a business talk in our marriage. "business, business, business" sampai soal makan pun, still "business". Dah nama pun kahwin dengan businessman. Contohnya macam  makan kat luar, he will ask, who owned that restaurant, how much he/she earned per day or per month, how much the production cost and more and more... and even a small stuff , he will ask "made in?". Sebelum ni aku tak pernah kisah pun, barang tu 'made in' mana, janji boleh pakai, boleh jalan, dah Ok, but since married, aku kena ambik tahu dulu barang tu 'made in' mana sebab nanti senang aku nak menjawab dengan en.suami. Why??

Why that sort of question like "made in mana" so important? Because of the PERCEPTION. Like we always think that imported car is much more better than local car. Louis Vuitton's handbag is much more better than Johnny's handbag. Mercedes is better than Toyota.  WHY?? Because of the PERCEPTION. Even that stuff is not really good in quality, but people trust that brand because of the PERCEPTION.

So, he concluded, in this world, its all about PERCEPTION actually even that thing/stuff/brand does not have any quality at all. He gave an example, one research university in Europe did the research on the car's engine and the researchers found that 10 top cars in this world which has no problem with the engine at all was MADE IN JAPAN. So, which car brand made in Japan, u named it. For sure, u will say Honda, Toyota, Mitsubishi and .etc.... It has already proven that Japan's car is the best in the world in terms of the engine..  

But why, people still looking for BMW, Mercedez, Audi.. Why.. why?? because of the PERCEPTION. People thinks  those brand is high quality & elegant that makes people look for it & choose it. 

Same like Gucci, Dior, Hermes, LV, and bla.. bla.. even the quality is the same , but people still choose their trusted brand. And people are willing to put a bulk of their money just to get it.

So, conclusion, in this world, it is very important for us to create a good perception for the people. Like having a good character on ourselves, so people will see us "orang yang baik",  like having a good quality on our stuff or our service, so people will always put an eyes on us. Tapi kalau sebaliknya, orang akan ingat kita sampai bila-bila sebagai orang yang bermasalah. Kalau dalam kes barangan pulak, orang akan ingat sampai bila-bila barang tu teruk / bermasalah walaupun barang yang baru diproduce sangat-sangat bagus kualitinya.. Like Proton.. Why people not choose Proton's car? Contohnya kalau orang tak solat, people akan buat persepsi yang 'dia ni hidup bercelaru, tak takut Tuhan 7 bla.. bla.. , contoh kalau orang tu pakai seksi, terdedah sana-sini, people akan buat persepsi yang 'dia ni tak solat', bila tak solat hidup die pun tak teratur..

So, in the business world, marketting strategy is very important if u wanna create people's perception towards your brand.. Such as "Qu Puteh, Qu puteh barulah puteh".. Sebut jer perkataan tu, orang terus ingat Dato' Sri Vida yang mengerlip lap-lap dengan mahkotanya..

So, just think about it..

The end.. thank you for reading anyway.

Thursday, 21 January 2016

Tips Bergaya dgn Koleksi Gaun Dinner

Korang pernah dapat tak invitation ke dinner atau wedding reception sebelah malam? Of course pernah kan.. Same like me as well.. Sebab aku sekarang ni suri rumah (eh! Suri rumah ke.. huhu) kadang-kadang, aku macam BLURRR nak pakai apa untuk dinner tu.. Almaklumlah, aku kan muslimah melayu sejati (konon!), so mestilah nak pakai something yang patuh syariah - menutup aurat and at the same time, still vogue de vas giteeew....
 
So, untuk tak memeningkan kepala aku di masa akan datang& at the same time, aku jugak boleh share dengan korang yang kepala ting-tong blurrr macam aku – duk pikir nak pakai apa bila pergi dinner .. Aku nak share la beberapa tips untuk tampil bergaya walaupun kite ni “si pemakai tudung” a.k.a “Hijabista”..
 
 #1. Pilih Gaun Dinner
Gaun Dinner ni of course la kena pilih yang menutup aurat& longgar & tak menjolok mata. In a simple word – PATUH SYARIAH!.. So, nak senang, pilih je yang warna hitam.. Hitam tu kan menawan.. And bila pakai warna hitam , kita akan nampak lebih langsing & elegan. Tak caya?? Cubalah dulu. Butik ZALORA ada macam-macam pilihan gaun dinner atau maxi dress. Korang just scroll jer Koleksi Gaun Dinner kat website ZALORA & pilih jer mana yang berkenan..

 
#2. Pilih tudung yang glamour
Kalau pakai dress yang cantik yang vogue de vas gitew, mestilah pulak nak kene pakai tudung.. So,kalau nak nampak glamour & lebih bergaya, korang pakai la shawl dari material satin atau chiffon. Sebab 2 material ni adalah corporate style (for hijab) ..
 
 
#3. Pilih accessories yang simple

Bila dah pakai tudung, ada certain accessories yang tak sesuai nak digayakan dengan hijab. So, pilihlah accesori yang minimal & simple jer supaya tak nampak “crowded” & “sarat”, nanti takut jadi pengkhianat fashion pulak. So, pilih la antara rantai (necklace) yang simple atau cincin yang sesuai.
 
 
#4. Handbag
Last but not least, handbag jangan lupa bawa ok! Barulah lengkap penampilan korang nanti. Lagipun handbag & wanita kan tak boleh dipisahkan. Mana nak letak handphone nak berselfie & upload kat instagram nanti, mana nak letak lipstick, mana nak letak compact powder – tak kan lah nak letak dalam poket (ada poket ke kat gaun korang?), tak pun tak kan la nak pegang tangan jer… Sooo not classy. So, kalau nak glamour, bawaklah clutch jer sudah a.k.a beg kepit.. Macam- macam koleksi clutch korang boleh pilih macam kat bawah ni..
 
p/s :: Hopefully entry ni dapat la membantu korang untuk membuat pilihan yang tepat bile pergi dinner nanti.. Kita nak bergaya, nak enjoy & at the same time, nak patuh hukum Allah.. hehe

TQ for reading anyway.

Tuesday, 12 January 2016

Kuala Gandah Elephant Sanctuary, Pahang

 

Kuala Gandah Elephant Sanctuary ni terletak kat dalam mukim Lanchang, Daerah Temerloh, Pahang.  To be exact nama tempat ni - Kuala Gandah, Lanchang. Jauh gak rasanya dari Bandar Temerloh. Hari tu kami gerak dari Bentong, it took 45 minit jugak la (ikut Lebuhraya LPT, exit "Lanchang") dan terus menuju ke Kuala Gandah (follow jer signboard).

On the way ke sini, kiri kanan penuh dengan hutan menghijau jer.. Sebab tempat ni memang hutan pun, kalau bukan hutan macam mana gajah nak duduk dengan aman kan..
 
Tempat ni memang dipreserve untuk gajah. Free of Charge & dikendalikan oleh Jabatan Perhilitan Malaysia. Even FOC, tapi kita digalakkan untuk bagi derma (sumbangan), untuk menampung perlanjaan pusat ni..

  
 
Parking kat sini pun free tapi parking selalu full kalau datang lambat.
So, bile full, terpaksalah parking kat luar kawasan (luar pagar), jalan kaki dekat jer.
Tempat ni dibuka hari-hari termasuk public holiday.
 
 
Ni time table untuk visitor datang ke sini :
 
10.30 am -
12.00 pm
Elephant observation along the interpretive trail.
Visitor will be able to observe the young elephant roaming freely within the secured electric fencing area.
1.00 pm & 1.30 pm
Video show
A documentary shows translocation of wild elephants to their new habitat
2.15 pm
Bathing and cleaning of elephants by mahout
The visitors will watch the elephant bath given by mahout with explanations by NECC staff.
2.45 pm - 3.15 pm
Elephant conservation talks at interpretive stage.
Visitors will be introduced to each of the elephants which include  their background and ability.
Note: Please be informed that there is no elephant rides provided in this centre.
 

Kalau Hari Jumaat,  show start jam 2.45 pm.

Aku galakkan kalau korang nak datang sini, datang ikut time table ni & kalau hari Jumaat datang sebelum jam 2.45 ptg sebabnya, kalau datang lambat, korang tak boleh tengok show & at the same time, korang pun tak boleh tengok gajah-gajah ni.. Sebabnya, lepas jer habis show, depa simpan gajah-gajah ni dalam kandang (dalam hutan), tak dak sapa pun boleh tengok kecuali pengasuh-pengasuh gajah (mahout). So, rugi lah kan kalau datang tak dapat tengok gajah, cuma dapat tengok anak gajah jer dalam kandang die, but no show at all..


Mula-mula masuk, sila ke kaunter & ambik borang & isi borang. Borang ni macam respondent survey la, dieorang nak tengok berapa ramai visitor datang, berapa umurnya, dan seumpamanya la..
 
pastu, kite semua akan diberi sticker ni..

Eelephant sketch as a wall décor.. So fantastic!


Tempat ni ramai giler orang.. Masing-masing berebut nak pegang gajah.. Gajah-gajah kat sini semuanya jinak-jinak. Semuanya well-trained

Budak kecik FL ni sebenarnya takut dengan gajah.. Berani tengok dari jauh jer

Ni tempat show die

Kalau dulu, visiot boleh mandikan gajah, tapi sekarang dah tak boleh atas factor-factor keselamatan, So boleh tengok jer 'Mahout' (pengendali gajah) mandikan gajah

Berduyun-duyun gajah

Ni anak gajah. Umur die 6 tahun, Betina..
Tapi aktif giler macam gajah jantan..

Macam-macam aksi die buat..


Asyik no nengok si gajah

Gajah-gajah kat sini semuanya friendly.
Ko bagi die kacang pun, dia ambik


Ni sungai tempat gajah mandi

The entrance


Galeri Gajah

Kafetaria

Elephant Sculpture

Tulang-temulang seekor gajah

 
 
Really enjoy tengok gajah-gajah ni semua..
Boleh dikira sebagai lawatan sambil belajar sebab kids dapat belajar banyak benda tentang 'gajah'..
Learning through visualization lagi berkesan kan.
So aku suggest, sape-sape yang ada anak-anak kecik atau anak-anak yang masih bersekolah, bawaklah depa jalan-jalan ke sini, really worth..
 
That's all.
Thank you for reading!

Monday, 11 January 2016

Halal Food in Osaka :: Ali's Kitchen

Ni salah satu restoren halal kat Osaka ni.. Restoren Pakistan.
 
 Restoren ni kecik jer tapi selalu penuh. And bile makan kat sini, confirm korang akan jumpa dengan orang Malaysia yang lain sebab kat Osaka tak banyak restoren halal.  
 
Nama restoren ni - Ali's Kitchen.. Owner die dari Pakistan. Owner die sangat-sangat friendly & die sendiri yang akan layan customer-customer die. Kalau korang nak tanya apa-apa pasal Osaka ni, InshaAllah die akan jawab.
 
Dinding restoren ni dipenuhi dengan ayat-ayat al-Quran.
So confirm, ni kedai orang Islam..

Kedai ni kecik jer, boleh masuk 2-3 kerat jer..
So kalau datang time orang penuh, beratur la dulu

Ni hidangan yang aku order. ala-ala nasi arab gitu..
Harga makanan kat sini boleh tahan la mahal sebab kat Osaka ni memang semua bende mahal pun.. So, nak expect something yang cheap, susah la kat sini.
Masa kami makan hari tu, sorang dalam RM50 jugak la..

Chicken soup & ayam panggang.
Makanan kat sini sedap.. Berbaloi dengan harganya..

 
Ini entrance bangunan yang menempatkan Ali's Kitchen Restaurant ni..
Nampak tak ada signboard kecik lambing bulan warna hijau tu..
Masuk je dalam bangunan ni, terus naik lift ke bawah sebab restoren ni kat underground..
 
Keluar jer lift, terus nampak entrance kedai ni macam ni kat sebelah kanan...
 
How to get there :
1. Naik subway 'Nagahori Tsurumi Line' (line warne hijau) atau 'Midosuji Line' (line warna merah)
2. Stop kat Stesen 'Shinsaibashi' (stesen N15 atau stesen M19).
3. Restoren ni betul-betul sebelah Butik Dior..
 
Ini area kat sekitar Shinsaibashi ni. Area ni macam Bukit Bintang la, penuh dengan butik-butik berjenama.. So, sesape nak cari LV, Gucci, Dior, Channel kat Osaka ni, silalah datang ke 'Shinsaibashi'..
 
 
Ok, that's all..
Thanks for reading..

Wednesday, 6 January 2016

Hotel Review :: Suria Hot Spring Bentong, Pahang

Owh! how i'm struggling with my thesis... I'm not  seating for the exam yet.. Uuuhh! The time is really kill me.. All I can do - pray & doa to Allah swt.. Syukur, Allah masih bagiku ketenangan untuk aku terus bersabar & stay positive..
Thus, blogging is one way of releasing my stress...
 
*************************************
And today I wanna share something amazing that we did on our last Christmas Holiday..

We went to Bentong, Pahang.. Just 30 minutes from KL. Dekat je kan? Yeaaah! Sebab tak nak bersesak redah jem jauh-jauh since that time was a holiday time for all Malaysian. Memang jalan super duper sesak giler..

Bentong - is just a small old town in Pahang. Nothing special here instead of  hot spring that attract us to go there.

We went for a holiday at Suria Hot Spring Bentong. Rasanya tempat ni baru je dibuka dalam 1-2 tahun ni sebab facilities semua nampak baru..

Not bad! Ramai giler orang.. and bilik pun selalu fully book kalau time weekend and school holiday.. Kebetulan masa daang sini hari tu, artis Sharifah Sakinah pun bercuti sekali, but sorry tak de gambar dengan die..

We went there for family vacation.. We stayed for 2 nights..and we booked 2 house sebab kiteorang ramai - 10 orang including 2 toddlers.. Each house occupied with 1 bedroom, 1 jakuzi, 1 sofa bed and 1 sofa.. So, not bad la... 2 rumah - kiteorang bahagikan ikut jantina - 1 rumah untuk kaum adam & 1 lagi umah untuk kaum hawa..


Rumah die besar jugak la.. Selesa kalau nak masuk 6 orang serumah

 
Setiap rumah ada jakuzi. Kalau book 'bilik' bukan 'rumah', tak adalah jakuzi.

 
Ni ruang antara bedroom & living room

Bedroom die besar..

Bilik air.. Sila bawak sabun mandi sendiri ya

Kat living room, ada sofa bed (boleh jadikan katil) & sofa..

Curious nak tahu apa ada kat luar

The kids

Nasi lemak masa breakfast. Brekfast die biasa-biasa jer, tak de apa yang special pun..

Ni kids pool. Kids pool ni air sejuk

Restoren..
 
Pantang jumpa air

Kalau nak guna facility kat sini (pool, playgrowund, etc) kena ada access card, tak boleh semberono masuk terjun pool. Sebab dieorang nak elakkan orang luar (public) main kat sini tanpa bayaran. Actually, public pun boleh mandi kat pool ni tapi kena bayar la kat receptionist. Seorang Rm 10

Ini hot pool 2 - tak berapa panas sangat (air suam)

Swimming pool kat sini ada 4 biji:
1. Kolam air panas yang memang sangat-sangat panas macam air mendidih 100 darjah celcius.
2. Kolam air suam yang tak berapa panas , tapi suam-suam jer.
3. Swimming pool (air sejuk) orang dewasa
4. Swimming pool (air sejuk) kanak-kanak
 

 
Lobby
 
Reading corner. Kalau bosan-bosan, boleh la baca buku kat sini.
 
 
2 hari disini, aktiviti utama - mandi pool , mandi dalam jakuzi, main pingpong, teman FL main kat playground & pergi tengok gajah kat Kuala Gandah Elephant Sanctuary - nanti aku cerita pasal elephant sanctuary tu dalam entri lain.
 
Aku rasa kalau stay sini, bab makan tu susah sikit la sebab kat Bentong banyak restoren Cina. Or u can have your lunch and dinner kat restoren hotel but it is a bit priceyof course. Dinner untuk seorang - RM 25. Breakfast - RM 18/pax.

So, what we did, as usual, kami masak sendiri dalam bilik hotel. Masak guna rice cooker.. Even kalau pergi mana-mana pun, aku selesa masak sendiri rather then hunting for foods outside..  Tapi leceh sikit la, sebab nak kene bawak banyak barang..


p/s :: this is a honest review from me.. including all the reviews I did - I even not being paid the this.. Its all come from the bottom of my heart for the sake of SHARING... May it benefit others as well.