Saturday, 17 September 2016

Travel Tips :: Perlu tak bawak stroller ??

Aku dapat banyak soalan pasal stroller & travel with baby.. 

So, aku cuba untuk jawab dalam entri blog, boleh jugak share dengan orang lain yang nak cari info yang sama... 

Kali ni aku cerita pasal sroller dulu k, nanti akan datang, aku cerita pulak tips nak bawak anak-anak pergi travel jauh-jauh..

Ok, untuk follower blog aku, korang sedia maklum yang aku selalu travel dengan anak aku sorang ni - FL.. Since FL dalam perut lagi, aku dah bawak die jalan-jalan pergi Europe. And masa dia lahir, seawal die 4 bulan, aku bawak die pergi Melbourne, and masa umur die 1 tahun 3 bulan, aku bawak die pergi Jepun.. Itu trip oversea, trip dalam negara, almost every month kami akan keluar pergi bercuti kat mana-mana. Either naik kereta or naik flight.. Naik train tak pernah lagi buat masa ni....

Kalau orang tanya aku pasal travel ngan baby ni , aku boleh la jawab sikit-sikit apa yang aku tahu & pernah experience, selebih-lebihnya aku tak tahu ....sorry erk..

Kalau pasal stroller - perlu bawak ke tak bila travel???

Jawapannya - YES! Kene Bawak. Wajib Bawak!

WHY?
1. Baby cepat penat
Walaupun anak korang tu dah pandai berjalan, stroller tetap wajib kene bawak. Sebabnya , budak-budak ni dieorang cepat penat. So kalau penat tu, mummy & daddy la yang jadi mangsa kene mendukungnya. So larat ke daddy & mummy nak dukung sambil berjalan 5 jam. Tentu TAK kan? So, kat sini lah gunanya stroller, senang nak tolak baby kesana kesini..

Tak larat nak dukung dengan barang yang super duper punya banyak...


2. Baby nak tidur
Nap time baby kena jaga. Kalau die mengantuk atau waktu nap time die, korang jangan sekat-sekat die, bagi je die tido walau di mana korang berada masa tu. Sebabnya, kalau die tak tido, die akan meragam sepanjang hari, & korang jugak yang susah & hilang mood nak berholiday.. So, masa die mengantuk tu, bagi jer die tido dalam stroller & korang pun senang nak berjalan ker, nak shopping ker, tanpa perlu dukung baby kehulu kehilir.

Bila baby tido, mak pun boleh tido jugak. hehhe


3. Baby nak makan
kalau masa makan, bagi jer baby makan.. Some place, tak ada langsung tempat duduk, so korang kene berdiri. Kalau terjumpa cafe or restaurant or public place yang ade public seating - that is great. But some tempat langsung tak ade tempat duduk, so, korang berdiri jer lah, and bagi baby duduk dalam stroller, sambil korang suapkan makanan. 

4. Departure & Arrival kat airport
Stroller ni penting untuk guna kat airport. Sebabnya kebanyakkan airport besar, kene berjalan jauh dari kaunter check-in sampailah nak boarding, (even Airport Kuala Terengganu pun kene berjalan jauh) bila dah landing pun sama gak macam tu, kene berjalan jauh nak ambik luggage kat baggage counter. Pastu pulak, kalau pergi oversea, nak beratur kat kaunter imigresen nak cop pasport, memang sangat-sangat menuntut kesabaran (bila travel bawak anak-anak) kalau korang sampai pick hour & airlines lain pun sampai dalam masa yang sama. So, stroller sangat penting untuk digunakan di airport. And jangan lupa bawak baby carrier sekali  naik flight.... Sebab ada sesetengah negara, stroller kene ambik (pick-up) kat kaunter bagasi macam Australia, London, NZ. So, nak berjalan ke kauner bagasi tu punyalah bapak punya jauh, so kenalah letakkan baby dalam baby wearing / baby carrier. (Baby carrier is one kind of baby wearing, nanti aku ceritakan pasal baby wearing pulak kat entri lain )
 

5. Naik turun train & bus
Ok, kalau pergi jalan-jalan oversea, biasanya public transport la main transportation kite. So, make sure cari / bawak stroller yang super duper ringan. Kalau korang ade stroller yang berat gedabak macam jenama Quinny Zapp, Mama Papa, Stokke ker.. Tinggal jer la kat umah, jangan la bawak stroller yang berat gedabak tu, nanti korang gak yang susah. So, cari atau pinjam dengan kawan-kawan yang ade stroller yang super duper ringan, 5kg and below.. & make sure senang nak fold & unfold. Sebabnya, kalau korang nak naik train, or naik tangga, dan-dan tu jugak, nak kena tutup stroller. So, kalau bawak stroller yang susah nak bukak tutup, haru nanti.. Dah hilang mood .. Kat Lazada, ade banyak stroller yang ringan.. cer tengok..


Aku guna stroller jenama Aprica Flyle - hanya 5 kg. 
And senang nak fold & unfold - Perfect for travel


6. Be careful with tempat yang tak stroller friendly.
Some tempat yang langsung tak friendly stroller. Macam kat Turki. Or macam kat China and Jepun, banyak tangga kat train station tu, lift pulak cuma ade satu jer, orang Jepun suka naik tangga - exercise. So terpaksalah kiteorang naik tangga. That's why aku cakap, bawak stroller yang ringan & senang nak tutup & bukak. 

Additional Tips - Dan jugak, sila bawak baby carrier. Baby carrier ni gunanya kat tempat-tempat yang tak boleh bawak stroller la.. Kalau korang dukung jer baby tu, nanti korang yang penat &lenguh. Kalau korang anak-anak letak dalam baby carrier, at least tak de lah korang terbeban & baby pun selesa tido dalam carrier tu.. Kalau nak beli baby carrier, cari yang betul-betul berkualiti & selesa & selamat untuk baby. Jangan sesekali beli yang fake.

 
I used Ergo Baby Carrier..

Semoga entries ini membantu...
Thank you for reading u oll 😂😂

Other post related to Travel with Baby :
* Barang apa nak bawak -  "My Travel Essential for Short Vacation"

17 comments:

  1. good sharing dear. selalu pening nak bawak ket tak stroller walaupun jalan dalam malaysia je . hehehe

    ReplyDelete
  2. STROLLER NI PENTING ADA KALAU BAWA BABY TRAVEL

    ReplyDelete
  3. stoller ni sgt penting bila anak yg masih kecil

    ReplyDelete
  4. betul wajib bawa stroller & baby carrier . saya guna snuggbaby

    ReplyDelete
    Replies
    1. snugbaby best & murah.. ramai orang suka pakai snug baby

      Delete
  5. sgt sgt wajib kot bawak stroller. pengsan mummy nk dukung. walaupun anak dah boleh berjalan tapi bila datang mood dia nak berdukung (mungkin dia dah penat) memang penat. plus, masa travel byk benda nk kena bawakkan :) cuma saya takde carrier. utk baby ketiga ni rasa nak beli carrier. tapi brand apa yg best ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapphire / nilam , saya recommend awak beli baby carrier jenama ERGO 360, itu yang paling selesa so far tapi harga die mahal giler.. sob..sob... dalam rm 600- 700. Tapi minta en.marwan yang belikan. hehehhe

      Delete
  6. Selain meringankan beban boleh tampung bawa beban yg terlebih muatan kan DP
    Seronok pulak kakak tengok baby lena di stroller, mummy lena berlandaskan dinding:)

    ReplyDelete
  7. dulu anak kecik2 mmg akak guna stroller. mudah.
    anak x penat, kita pun tak meroyan melayan karenah depa.

    ReplyDelete
  8. betul2, saya pun suka bawa stroller kalau travel untuk sebab yang sama.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum awak. Nice tips. Kita pernah sekali la naik flight bawa adam g langkawi. Bawa buggy&baby carrier. Sgt berguna. Hehehehehee

    ReplyDelete
  10. mesti dah beso panjang si FL ni

    ReplyDelete
  11. kalau ada anak kecik like FL ni wajibbawak stroller tu..mampu ke nk dukung sepanjang hari..time dia tdo lagi penat tul tak

    ReplyDelete
  12. Learn how to get free flights with Travel HACKING.

    ReplyDelete