Wednesday, 30 November 2016

Misi Membeli CC Cream GAGAL

Masa Black Friday Sale hari tu kan, aku cakap nak beli CC cream IT Cosmestic kan? Korang boleh baca entri tu kat SINI. Hampa sungguh, something happened to my internet banking. So, aku tak dapat beli online.

http://hunt4freebies.com/wp-content/uploads/2015/11/IT-Cosmetics-Deluxe-Mini-Tube-CC-Cream-with-SPF-50.png 
CC Cream ni ada 5 warna. 
So pilihla mengikut kesesuaian warna kulit masing-masing

Then, petang lepas ambik FL dari sekolah, aku terus drive ke IOI City Mall. Masuk jer Sephora IOI City Mall, penuh dengan lautan manusia!. Dah la nak berjalan pun belaga bontot dengan orang lain - nasib baik perempuan semua dalam tu. Pastu pulak, que beratur nak bayar panjang giler, sepanjang treller 16 tayar kot aku rasa. Dah lah masa tu aku bawak FL, memang tak dapat lah aku nak beratur panjang tu. Pastu aku perasan, ada sorang minah ni (dia beratur kat belakang), muka masam mencuka kalah cuka Cap Jalin, pastu pulak dia tengok FL dengan muka mencuka tak puas hati.. hahahhahaha. Bengang sebab sakit kaki la tu , lama sangat beratur, pastu muka mencuka nak marah orang lain. Tak paham aku dengan manusia spesis ni.(oooppssss, think positive , mungkin dia tengah datang bulan).

Pastu bila tak dapat beli tu, aku terus balik umah. Lately hormone aku macam roller coaster, kejap ok, kejap tak ok. Kejap rasa macam nak demam, pening-pening, loya, sakit kepala.Kejap rasa macam normal jer. Entahler. Kebetulan pulak hari Jumaat hari tu, aku tak sihat sangat. Demam + migrain =  aku fikir nak mintak en.suami belikan jer malam tu.

My husband just went back from London for business meeting. Of 'coz la dia pun enat jugak. Then aku mintak nak beli CC Cream tu, aku cakap lah "DISKAUN 20%". (bab DISKAUN tu kena highlight besar-besar k). Lepas diskaun harga dia RM 132. It much more cheaper than RM 165 and boleh tahan sampai setahun sebab aku jarang pakai CC Cream ni. Hari tertentu jer aku pakai. Pastu dia cakap 'beza 30 ringgit jer pun'. Memanglah beza 30 ringgit jer, but RM30 tu boleh beli top-up handphone sebulan. Last-last sampai detik 12.00 pagi Hari Sabtu hari tu, tak terbeli CC cream tu.. sedihhh . huwaaaaaa... 


https://thumbs.dreamstime.com/x/china-sephora-store-17955710.jpg
kalau masuk Sephora ni dah tak keluar dah
(sumber gambar : google image) 

Tapi esokannya, dia belikan kami sekeluarga flight ticket pergi vacation ke New Zealand next year. Yahhhooooo!. Tak jadi nak merajuk. And he also said that we will going to Northern Europe next year. Double yahoooooooooo!!. Ok! Definitely i will buy my CC Cream somewhere in London...(smiling)... Tapi kalau tak boleh nak sabar, tahun ni gak aku gi beli CC cream tu..Tunggu offer akan datang plak.


Monday, 28 November 2016

Seronoknya Tengok Didi di Mini Karnival Didi and Friends

Hari Sabtu hari tu, aku bawak anak kesayangan aku , Princess FL pergi Karnival Didi & Friends kat Alamanda, Putrajaya. Nasib baik dia buat event ni kat dalam Wilayah Putrajaya, so confirm lah aku datang. Kalau dia buat kat lain-lain kawasan jajahan Selangor ni aku tak datang kot. Tak sanggup nak redah jem. 

Sebabkan FL ni peminat tegar Didi & Friends, maka event ni menjadi aktiviti WAJIB untuk pergi. 
Aku rasa first time aku pergi Alamanda tak dapat parking. Ramai giler orang. Parking full. Dari P1 sampai P7 full!, Pusing punya pusing, akhirnya dapatla 1 parking, kebetulan ada orang nak keluar and orang tu confirm tak tengok Didi πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†.

Nasib baik aku tak datang hari Jumaat, confirm lagi sesak. Sebab Hari Jumaat hari tu Lara Alana pun ada datang.

 Didi tak keluar lagi pun , dah penuh centre court ni

 Aku duduk belakang-belakang sebab depan-depan semua dah penuh

Alhamdulillah nampak jelas la jugak DIDI dan kawan-kawan dia tu.

 Bila Didi keluar jer, segala sudut ruang semua penuh.
Atas bawah semua penuh 

Tapi kesian kat FL la, dapat tengok dari jauh jer.
Walaupun dapat tengok dari jauh jer, dia paling seronok, semua lagu Didi semua nyanyi & menari. Semua lagu dia tahu. Mana tak nya, hari-hari duk tengok video Didi & friends kat rumah. 
Sampaikan orang sekeliling dia cakap 'seronok betul dia'.

Lepas habis slot Muzikal Didi tu, banyaklah tempat kosong kat depan tu, kiteprang pun move ke depan, nak tengok slot pelakon dibelakang tabir a.k.a suara latar  Didi dan kawan-kawan pulak. Tapi FL tak suka. Dia nak tengok Didi jer. Dia ajak mummy pergi back stage nak jumpa Didi. Sebab dia ternampak Didi kat back stage. Mummy pun layankan jer but hampa.. Didi dah tido.

 Ruang ni budak-budak berebut nak masuk sebab nak berposing sakan ambik gambar dalam ni. 

 Termasuklah FL, tak sabar-sabar nak masuk. 
Tengok adik kecik tu pun tak sabar.

 Tengok panjang giler que nak masuk dalam ruang ni.

 Bertabahlah mak-pak yang ada anak-anak kecik yang duk beratur nak masuk dalam ni. 
Budak kecik kan macam-macam ragam. 
Termasuk lah aku ni antara mak-mak yang tabah 
(dua-dua tangan atas bahu sambil mata jeling siling).

' Mummy, saya datang sini nak main bot ni jer sebab saya tak pernah naik bot'

 
 
Naik bas Pak Atan bawak

Aku rasa semua budak-budak yang sukakan Didi mesti happy dapat datang sini hari tu. Nanti next time kalau Astro buat lagi event Didi ni, aku nak pergi lagi bawak FL. Bila anak happy, mak pun tumpang happy jugak..

Terima ksih sebab sudi baca 😊😍

Friday, 25 November 2016

Hunting For CC Cream

Hari ni hari Jumaat and hari ni ialah Black Friday Sale. Rata-rata kedai bagi sale kaw-kaw hari ni. Actually Black Friday ni start kat US long time ago. Setiap hari Jumaat jer, semua kedai bagi sale. Sampaikan korang boleh beli purse / wallet jenama Coach harga USD 1 jer. 1 Dollar je ko!! Sape nak bagi harga macam tu. Tapi tu kat US jer. So untungla sape yang duk US tu. and sekarang sindrom Black Friday tu dah merebak ke Malaysia.

Salah satunya Sephora.
20% ko Sephora bagi diskaun. Hanya esklusif hari ni je tau. Kalau korang nak beli , korang guna code diskaun tu - TGIF. Boleh shop online atau pergi ke Butik Sephora.


Aku pulak dah lama duk cari CC Cream dari jenama IT Cosmesti. Aku baca review kat social media, ramai yang cakap CC Cream ni bagus dan puas hati la kalau beli. Sebab dia ada 7 fungsi dalam tu. It not just a CC Cream but also as a mouisturizer, sunblock, anti-aging serum, skin perfecting primer, color correction and also can be as a concealer (untuk orang yang pakai mekap).

So aku duk usha la website Sephora and aku jumpa 3 benda ni.

 Yang aku berkenan tu harga dia RM 165.
Kalau 20% diskaun, aku boleh dapat harga RM 132. 
Tak ada charge pos laju k.  
So, aku nak belilah sekarang. 

K.Bye! Nanti lambat-lambat habis..

Thursday, 24 November 2016

Bantuan Sampai


Kisah silam aku banyak mengajar aku tentang ERTI KESABARAN. Korang boleh baca entri tu kat SINI. Sejak aku dibuli dan dibuli sampai mental aku jadi sesak, sampai pada tahap aku rasa aku nak BUNUH jer orang tu, tapi aku masih lagi bersabar dan terus bersabar. Mungkin juga kerana iman aku sebagai seorang muslim masih lagi menebal dalam diri dek kerna asuhan agama dari Arwah Tok Wan sampaikan niat aku nak membunuh tu terkubur terus..

Aku terus merintih, menangis dan memendam perasaanku sendirian. Aku hanya berdoa kat Allah supaya diberikan kekuatan untuk tabah menghadapi segala ujian dan dugaan tu. Betullah kata orang, doa orang yang dizalimi ni dimakbulkan Tuhan. Mungkin tak makbul ketika kita mintak tu, tapi dimakbulkan di waktu lain. Cepat atau lambat doa kita dimakbulkan tu , itu semua kehendak Ilahi. Aku tak pernah berburuk sangka dekat Allah swt.

Aku percaya setiap yang berlaku tu ada hikmah dia. Arwah Tok Wan selalu pesan macam ni - semua manusia akan diuji Allah Taala, cuma cara ujian jer yang berbeza. So, apa yang Allah bagi kat kita tu adalah yang terbaik untuk kita. Mungkin kita rasa sakit sekarang, tapi kesakitan tu mungkin adalah ubat di masa akan datang. Yesss, ubat untuk aku. Ujian tu semua mengajar aku untuk menjadi orang yang sabar, tabah, pandai hidup berdikari dan tahu macam mana nak kenal manusia yang pelbagai ragam ni.

Since peristiwa hitam yang aku tempuh semasa zaman remaja aku tu, aku perasan doa aku sering dimakbulkan Tuhan secepat mungkin. Aku rasa adalah dalam 95% apa yang aku mintak, aku dapat.  5% lagi tu mungkin di akhirat nanti. Kadang-kadang (setiap masa jugak), aku tak berdoa ikut prosedur yang betul pun macam angkat 2 tangan letak kat dada menadah doa. Kebanyakan masa, apa yang aku nak terlintas dalam hati jer, then benda tu terhidang depan mata.

Contohnya macam ni lah (ni contoh jer k). Aku tertengok iklan pizza hut kat TV, then aku cakap kat dalam hati "sedapnya pizza tu, rasa nak makan lah". Aku tak adalah mengidam sangat pizza tu, Cuma rasa tu terbit tak kala air liur meleleh nengok cheese pizza yang meleleh tu. Then, tup-tup en.suami balik rumah, bawak balik pizza hut tu. Aku pun apa lagi -melantak darah lah setelah mengucap rasa syukur kat Allah. Contoh lain, macam aku cakap dalam hati, aku nak makan sushi king, tuptup petang tu aku dapat makan sushi king. And banyak lagi lah keinginan aku terhadap makanan dimakbulkan Tuhan.

http://www.mysticpizza.com/admin/resources/pizza-pepperoni-w857h456.jpg 
Sedapkan pizza?

Macam aku cerita pasal angan-angan aku nak gi Lombok tu. Korang boleh baca kat ENTRI NI. Tetiba jer, en.suami offer bagi duit suruh gi bercuti. Pastu kisah  lain, macam aku cakap nak gi Korea. Last sekali aku gi Korea masa Form 4, and setelah berbelas tahun aku rasa Korea pun dah berubah wajah. Dulu masa aku gi tak ada lagi mat-mat jambu K-Pop, skrang kalau ko tak tahu apa tu K-PoP memang ko kene pelepop la. So, aku nak tengok la macam mana rupa Bandar Seoul tu sekarang ni and nak tengok macam mana rupa mamat K-Pop yang orang duk kata hensem-hensem tu. Itu hanyalah angan-angan k. Tup-tup, kawan aku ajak gi Korea tahun depan. And entah macam mana, entah duit dari mana datang, terus jer beli tiket flight ke Korea untuk fly tahun depan.

 Kisah lain pulak, aku cakap kat diri aku sendiri, aku nak bakal suami yang ada Ijazah PhD (supaya nanti dia senang nak faham keadaan aku yang duk stress buat phd ni and supaya dia dapat menjawab soalan-soalan cepumas aku) dan nak bakal suami yang ada ilmu agama tahap ustaz-ustaz, tak smoking, bukan kaki perempuan dan yang paing penting Kaki Travel. Alhamdulillah, aku dapat dan semua ciri-ciri tu ada kat suami aku skrang. And aku sangat bersyukur dekat Tuhan sebab mempertemukan jodoh yang sedemikian rupa . Thanks God

Pastu, aku cakap aku nak sambung Master , nak sambung Phd, Alhamdulillah aku pun dapat apa yang aku impikan tu. Dan bukan itu jer, aku perasan, setiap apa yang bermain dalam fikiran aku, pasti akan dijawab oleh ALLAH swt secepat mungkin dalam pelbagai bentuk macam melalui pembacaan, melalui TV, melalui radio, melalui sosial media, melalui kawan-kawan atau apa saja medium.

Ada ketika tu aku sesat masa tengah drive. Aku tak tahu macam mana nak keluar ke Jalan Besar. Masa tu pulak jam 12 malam. Dulu aku selalu drive malam-malm tau sorang-sorang sebab kadang-kadang balik kerja lewat and sellau keluar tengok movie malam-malam. Jaln punya jalan, tak jumpa jugak jalan keluar. Masa tu tak ada smart phone lagi and GPS pun tak ada lagi. masa tu zaman peta atas kertas. Then, masa kat station minyak ada sorang mamat handsome ni bagitau aku jalan keluar ke jalan besar. Then dia cakap 'awak ikut jer saya'. (Dia naik keta dia, aku naik keta aku lah, aku follow dia dari belakang). Aku tak pernah kenal mamat tu , entah-entah dia orang jahat. Tapi Alhamdulillah orang tu jujur , dia bawak aku sampai jumpa jalan besar. Thanks God. 

Aku pernah mintak kat Tuhan supaya Tuhan tunjukkan aku karaktor sebenar orang tu. Tup-tup terus aku dapat tengok karaktor sebenar orang tu dan-dan tu jugak. Betapa pemurahnya Allah swt sampai makbulkan hampir kesemua permintaan aku.
 
And the latest one, lately aku duk terfikir pasal berat badan aku. Sebelum ni berat au 47 kg, kalau naik pun sampai 50 kg jer. Tak adalah lebih dari 50 kg. Kalau ada terlebih 2-3 kg tu, pastu dia cepat-cepat turun jadi 50 kg semula. Aku dulu kan atlit, so sampai sekarang aku masih lagi aktif bersukan. At least 3 kali seminggu aku pergi jogging. Tapi since Hari Raya Puasa hari tu, berat aku tetiba naik mendadak sampai 57 kg.  57 kg tu ialah berat aku masa mengandungkan FL tau.

http://cdn-2.tstatic.net/surabaya/foto/berita/2012/4/10/ibu_gemuk.jpg 
Bila makan tak ingat dunia , ko tanggung la akibatnya
Manalah berat aku tak naik banyak tu. Dah nama pun Hari Raya, pergi open house sana sini, makan nasi Arab la, nasi minyak la, nasi dangang la, lontong la, laksa la dan segala jenis makanan aku makan. Pastu pulak, time tu macam aku mengindam ais krim. So hari-hari aku makan ais krim padahal sebelum -sebelum ni aku BERPANTANG makan ais krim. Ais krim tu benda yang dilarang dalam umah aku. Tapi, aku pulak yang langar pantang tu. Ape ke hal????

Sebab tu lah, berat aku naik banyak macam tu sekali. Then, aku curious sebab apa berat aku boleh naik macam tu. Memanglah orang cakap - sebab aku makan banyak. Tapi aku kan selalu exercise, so faktor makan banyak tu tak relevan sangat kat diri aku sebab aku makan banyak tu masa hari raya tu jer, lepas tu aku dah tak ada balun semua benda.

 Lagi satu,memandangkan aku ni dari backround academik, aku tak boleh terima jawapan ringkas macam tu. Aku nak kan jawapan yang complex, detail, ada fakta dan terbukti dari segi saintifik. Macam contoh, berat aku naik sebab enzim kat hati telah berubah menjadi kolestrol. Enzim ? Enzim apa? Kolestrol? Kolestrol tu nama apa? Apa kaitan enzim dan kolestrol, dan apa kaitan dengan darah , usus dan sistem pencernaan dan berat badan naik. Well, nampak tak betapa rumitnya masalah aku ni. Kalau korang jadi kawan aku dalam alam realiti (bukan alam maya), aku belum tentu yakin korang nak berkawan dengan aku bila aku tanya soalan-soalan cepumas macam tu. Silap haribulan, korang lari macam hantu mak limah balik kampung.

Bila mana soalan -soalan macam tu berlegar-legar dalam kepala aku yang bulat ni, aku perasan Allah swt akan hantar bantuan untuk menjawab soalan tu. Either melalui pembacaan, atau melalui jawapan dari en.suami, atau melalui jawapan dari pensyarah, atau melalui jawapan dari kawan-kawan atau melalui TV.

And soalan aku tentang berat badan aku tu, bantuan untuk menjawab soalan tu semua sampai kat aku (dihantar oleh Allah swt) pagi tadi bila aku dengar Radio IKIM.fm. Aku jarang bukak IKIM melainkan kalau IKIM ada topic-topic diskusi yang berilmiah, apa-apa saja ilmu yang dibincangkan oleh mereka yang pakar aku dengar. Hari tu aku dengar pasal misi "Womens Boat to Gaza" by Dr.Fauziah. Macam topic pagi tadi pasal "GULA" disampaikan oleh Dr. Norman Norawi. Sangat-sangat detail penerangannya dan penuh dengan fakta. Dia cakap berat badan seseorang tu naik bukan sebab makan banyak, tapi sebab makan banyak gula. Gula ni ada banyak jenis, bukan jer gula putih yang kita selalu makan tu jer. Yang buatkan berat badan naik ialah fruktosa. Fruktosa ni tak boleh dibakar walaupun kita ni berjogging 3km sebab dia tak boleh ditukar menjadi fat (lemak). Apa yang boleh dibakar menjadi kalori ialah lemak dan glukosa. Fruktosa yang berlebihan dalam badan hanya akan ditukar menjadi kolestrol saja dan kolestrol ni yang buatkan berat badan naik. Sebab tu lah berat aku tak turun-turun walaupun aku berlari pecut macam Usain Bolt. Dan banyak lagi lah penerangan Dr. Norman tu. Kalau korang nak tahu pasal Dr Norman tu, korang search jer FB dia - Dr.Norman.

http://ste.india.com/sites/default/files/2014/09/02/269189-fruits-700.jpg
 Dalam buah ada banyak fruktosa
(Sumber gambar : Google Image)


Yess.. Aku dah legaaaaaaaaa. Soalan aku dah terjawab. So, lepas ni aku kena kurangkan gula, maybe untuk permulaan kurangkan dulu 50% pengambilan gula, then, slowly kurang lagi,kurang lagi. So, lepas ni aku nak minum air kosong jer memanjang, dah tak nak dah minum air jus (air jus ada banyak fruktosa tau) and nak kurangkan ambik buah yang manis-manis (ada 70% fruktosa dalam buah).

Lepas ni bermulalah - No Sugar Challenge . hehe

Thank you sebab baca. Jom kita sama-sama kurangkan ambik gula.

Wednesday, 23 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel


http://jarimanistravel.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html

Rasanya semua orang dah tahu dah pasal GA yang SIs Jari Manis & SS buat ni...So aku tak perlu lah nak cerita panjang lebar. Korang pun dah tahu siapa dia JM dan SS tu kan.. 

Tapi aku pulak a little bit late join GA ni sebab baru hari ni dapat buat entry ni. Sorry la JM dan SS yer.. Mak is tak cukup tangan.

Ni aku nak tag someone : 
1. Vivy Yusuf  (keh..keh.. kalaulah dia baca. hihi)


Kepada yang join GA ni, aku ucapkan good luck untuk korang. Dan good luck jugak untuk aku sendiri. Semoga aku mendapat tempat di hati JM dan SS. hehhe

Tuesday, 22 November 2016

Lombok Trip :: Planning, Departure and Arrival



Pencarian Top Commenter Blog Dorsett Pink - klik SINI untuk join

Keinginan aku nak gi Lombok start April hari tu since my best friend, AB suggest pasal Lombok. Kata dia Lombok tu sangat super duper cantik sebab belum di untouch lagi. So Lombok tu natural beauty and tak ada rapid development lagi macam Bali. Pastu, dia terus tunjuk kat aku gambar-gambar kat Lombok through FB and Google Image. Memang serius lawa! Since then ,aku pasang angan-angan nak pergi Lombok.

Aku pun terus update my wishlist dalam diary a.k.a my planner. Kat dalam wishlist tu, aku tulis nak pergi bulan Oktober 2016. Dapat atau tak dapat pergi, itu semua ketentuan Ilahi. And masa aku tulis tu, aku tak ada duit pun. But, I just note down jer dalam wish list tu.

Rezeki ni kerja Allah Taala. Kita tak tahu rezeki orang apatah lagi rezeki kita sendiri. Tup-tup masa bulan Ogos 2016 hari tu, en.suami aku memberi 'duit bonus' untuk aku pergi bercuti sebab tahun ni aku langsung tak keluar negara dek kerana duk pulun buat tesis Phd aku ni. Masa tu aku tak terlintas langsung pasal Lombok, tempat yang terkeluar dari anak tekak aku ni - Guilin, China. Aku berani jer nak pergi Guilin tu sorang-sorang. Sebelum ni pun aku dah jelajah China, Vietnam dan tempat-tempat lain sorang-sorang. So , of course encik suami mengizinkan kalau aku nak gi mana-mana sorang-sorang. Kalau sebut jer China atau negara-negara asia tenggara lain, en.suami confirm tak akan ikut sebab dia bukan jenis yang sukakan nature. Dia suka bandar-bandar moden. He is city guy.

Satu hari tu aku terbukak planner aku, and selak-selak helaian demi helaian, mata aku terus terpaku kat "wishlist", then baru aku teringat pasal Lombok. Tapi kalau pergi Indonesia , aku tak berani pergi sorang-sorang. So, aku pun try la ajak kawan aku - Cik Yam. Cik Yam ni kawan baik aku dalam geng Marmarian. Marmarian ni geng kami since UiTm Sri Iskandar sampailah ke UiTM Shah Alam kitaorang sewa 1 rumah. Memang close giler. Geng Marmarian ni ada 7 orang. Memang kami semua sekepala.

 Ni dia Cik Yam

So, hanya dengan 1 mesej, Cik Yam terus setuju nak gi Lombok. Then, kitaorang pun beli tiket and arrange trip tu. So, ke Lombok tu hanya kitaorang berdua jer la since yang lain tak dapat join sebab bukan waktu cuti sekolah. Sebabkan last minit beli tiket, so aku dapat tiket tu agak mahal which was RM 700 (pergi balik include meal).

*************************************

Kami ke Lombok 14hb Oktober 2016 (Jumaat), flight Air Asia jam 8.40 pagi. 

Trip ni 4 hari 3 malam. 4 hari ni kira ngam-ngam jer la nak discover Lombok. Actually banyak lagi tempat-tempat cantik yang aku tak pergi sebab tak cukup masa. So, aku berhajat nak datang lagi ke Lombok next time.

Trip ke Lombok tu aku tak bawak anak kesayangan, FL sebab aku nak "me time" bersuka ria dengan kawan-kawan. FL dijaga oleh daddy sementara ketiadaan aku. Sebab trip ni  hari Jumaat whish was hari bekerja, so aku terpaksa ke airport naik teksi, sebab daddy perlu uruskan FL untuk hantar dia ke sekolah pagi tu.

Aku sampai airport KLIA2 kul 7.20 pagi, terus drop bag. Tapi sebelum tu aku pi beli padlock dulu sebab padlock aku hilang. Huhu so sad.. Padlock kat airport ni mahal giler.. Memang terketar-ketar aku nak keluarkan duit tu tapi nak buat macam mana, bayar jugak la. 1 set padlock tu (ada 2 bijik dalam tu) harga dia RM21… huhuhuhuhu..

Sebabkan KLIA2 ni besar dan jauh nak berjalan ke gate tu, aku dan Cik Yam sampai kat Gate kul 8.30 pagi walhal boading time kul 8.20 pagi.. Huhuhuhu.. Berdesing telinga kitaorang sebab kena marah dengan crew airport tu sebab lambat. Then, kitaorang terus berlari sampai ke pintu kapal terbang. Nasib baik pintu tak tutup lagi. Kalu pintu kapal dah tutup, melayang la tiket tu jawabnya.huwaaaaaaaaaaaaaaa.

 Sekarang kat dalam flight Air Asia dah ada wifi. Tapi kena bayar. Mahal giler!. 
Kalau nak langgan wifi tu, sila bagitau kat cabin crew.

Flight ke Lombok 3 jam. Sempat la jugak buat kerja sikit. 
Flight full tau. Aku rasa hari-hari flight ke Lombok full.

 Keluar jer pintau arrival, terus nampak bank depan mata. So sesape yang terlupa nak tukar duit, boleh lah tukar duit kat sini.

 Bila kitaorang keluar jer pintu kastam, tengok airport lengang giler.. 
So aku ingat airport ni tak crowded and tak ramai sangat orang.. 

 Boleh bilang dengan jari berapa kerat jer orang kat dalam airport ni

Sesampai jer di airport, Cik Yam terus beli sim kad sana. Aku tak beli sebab aku nak guna wifi hotel jer nanti. Sim kad kat airport tu harganya 700,000 rupiah (RM21) - 4g data. Tapi sebenarnya wifi kat hotel tu sangatlah hampeeeehhh.. Menyesal pulak aku tak beli sim kad. So aku buat data roaming. Mujurlah RM 10 jer sehari sebab aku prepaid Maxis. Rupanya sim kad kat luar airport atau di bandar-bandar  jauh lebih murah dari yang jual kat airport, hanya 500,000 rupiah jer. So, nasihat aku kalau korang sampai Lombok, wajib beli simkad k and jangan beli di airport. Sebab wifi di hotel-hotel kat Lombok ni sangat hampeeehh evenhotel 5 star bab kata supir.

 Bila keluar jer pintu kastam (lepas ambik luggage dan pemeriksaan kastam), berderet-derete kiosk yang jual simkad

Disambut oleh singboard 'Welcome to Lombok'

 Kat salam airport ni ada KFC versi Indonesia - CFC

 Lengang kan?


 Rupanya public tak boleh masuk dalam airport. Orang ramai kena tunggu kat luar jer. Kalau nak hantar penumpang pun sama, kena hantar kat luar airport jer. Sebab airport Lombok kecik jer tapi pengguna kapal terbang ramai giler, almaklumlah Lombok kan dah terkenal sebagai destinasi pelancongan.


Kitaorang sampai di Airport Lombok kul 12.00 tengahari. Trip ke Lombok tu, kami ambik khidmat supir (tourist guide). Cari kat IG, terjumpa dengan sorang mamat ni - Asriel. So, masa sampai di Lombok International Airport, assistant Asriel dah tunggu kat airport. 'Gege' nama dia. Bukan gege (longhat kelantan) yang bising tu tau. Nama sebenar dia Gege.

Asriel tak dapat ambik kami di airport sebab time tu dia ada group lain yang dah book awal-awal dengan dia, group tu pun dari Malaysia jugak. Kitaorang plan untuk jumpa dengan Asriel kat Pantai Kuta nanti.

 
NI dia kereta kitaorang. Yang warna hitam tu


Mesti ramai yang nak tahu kan berapa kos semua sakali trip saya ni kan? Nanti tu entry paling last saya cerita.. So, stay tune for more stories… hehehe.

Thank you for reading!

Sunday, 20 November 2016

Groceries Shopping While Travel

http://dorsettpink.blogspot.my/2016/11/pengumuman-dorsett-pink-nak-bagi-hadiah.html 
Pencarian Top Commenter Blog Dorsett Pink - klik SINI untuk join

Biasanya kalau gi travel either dalam negara atau luar negara, aku akan pergi shopping groceries . Boleh baca entry aku ni untuk TIP-TIPS for Groceries Shopping while travel.

So, aku nak cerita. Last week aku pergi Melaka and stay kat Avillion Legacy Hotel. Makanan kat hotel tu TAK SEDAP. Breakfast dia tak best, tak menepati citarasa aku. So, the 2nd  day, kitaorang plan tak nak breakfast kat hotel dan nak bersarapan dalam bilik jer. So untuk itu, kenalah pergi beli barang-barang nak makan. Tak nak makan kat luar sebab lepas makan nak gi swimming, nanti kalau makan kat luar lambatlah swimming.  Kebetulan hotel tu depan The Store. Senanglah, lintas jalan jer dah terpacak kat dalam The Store tu.

Inilah barang-barang makanan yang kitaorang beli. 

Masa tu aku tak bawak shopping bag sebab aku ingat hari tu hari Jumaat, so hari Jumaat boleh la dapat plastik free sebab biasanya hari Sabtu jer yang "no-plastic-bag day" tapi hamppehhh.. Kat The Store tu hari-hari "no-plastic-bag". So, terpaksalah beli shopping bag ni. Nasib baik lah RM 2 jer satu. Nak beli 1 jer tak cukup, so terpaksa beli 2. So sad..

Aku ni tak belajar langsung dari pengalaman. Nahh! Ambik kau - tak semena-mena kena bayar RM4".. hhhuuuuuuwwaaa.. Dulu masa pergi Vienna sama gak. AKu pergi shopping groceries terlupa nak bawak shopping bag sebab kat Europe memang kena bawak shopping bag sendiri hari-hari, bukan hari Sabtu jer. So, terpaksalah kitaorang membeli shopping bag dari store tu which cost 2 euro. Kalau convert 2 euro tu bersamaan ngan 8 ringgit la duit kita... huuuwaa.. RM8 just for the plastic bag jer.. Apa perasan ko?? So, confirm sampai sekarang aku masih lagi simpan plastic bag RM 8 tu.. Plastic bag dia tu rupa macam plastic bag MAKRO kalau korang masih ingat (masih ingat ngan MAKRO). 

Lepas ni, aku kena beringat la untuk bawak shopping bag pi mana-mana.

 Inilah dia officer pemantau - yang pantau and check apa yang mummy beli.
(well baby, mummy dont buy LV's bag ok!)
 

Wednesday, 16 November 2016

PENGUMUMAN!! Dorsett Pink Nak Bagi HADIAH!


Kalau korang baca entry aku yang lepas (kalau tak baca lagi, boleh baca kat SINI),  aku skrang tengah fasa kritikal untuk submit tesis aku. Aku perlu siapkan tesis tu hujung Disember ni kepada my SV sebelum tesis tu masuk fasa QC - Quality Control (aku sendiri yang letak istilah tu). QC ni akan diedit oleh my SV and proofreader profesional sebelum tesis tu diprint untuk dihantar ke Graduate School. 

So, for the mean time, aku kene quarantine dulu. Aku tak boleh nak concentrate kat blog ni sangat & tak boleh nak blogwalking. Siang malam aku asyik fikir dan buat tesis jer (a bit BORED right?).. So kepada sesiapa yang ada keinginan nak sambung belajar tu fikir la dulu 10 kali - Sanggup ke korang menghadapi hidup yang sangat bosan ni.. hehe. Kalau sanggup, teruskan jer usaha murnimu itu. 

Tapi aku cuba jugaklah untuk update blog kalau tengah bosan-bosan duk pandang laptop ni jer. Aku akan cuba la update sekerap mungkin supaya korang tak lupakan aku. Cuma aku tak boleh nak BW kerap sangat. Tapi aku hargai sangat-sangat usaha murni korang baca blog aku dan meninggalkan komen.

So untuk menghargai usaha murni korang, aku nak bagi hadiah kat PENGOMEN PALING BANYAK (Eh! Betul ke ejaan pengomen tu??????). Kalau dalam bahasa inggeris nye dipanggil sebagai "Commenter".


Apa beza antara "Commentator" dengan "Commenter" ?
Source : grammarist.com/usage/commentator-commenter/

So, untuk itu , aku telah letakkan widget "Top Commenter" kat side bar aku ni. (Sorry for the word "Top commentator" kat side bar tu, aku tak edit lagi. Nanti aku ubah). Thank you so much untuk blogger FARRAH from FAMF Tower sebab ajar I buat benda alah ni. Maklumlah, I ni kuno sikit bab-bab komputer ni.


Memandangkan aku kata tadi, aku kena quarantine sampai End of December, so pengomen paling banyak start dari hari ini sehingga 31 Disember nanti, aku akan bagi HADIAH YANG SANGAT SPECIAL. Hadiah apa?? Tak boleh la bagitau sekarang , sebab hadiah dia sangat special. Confirm korang akan menangis bucu katil tanda terharu bila dapat hadiah tu. hehehhe. 
Commenter paling banyak setiap bulan pun aku akan bagi hadiah juara juga tapi tak adalah se special hadiah Top Commenter. And untuk Top 10 pengomen paling banyak, aku akan bagi jugak hadiah saguhati.. SEE! Banyak kan? Banyak kan? 

So, untuk menyertai acara julung kali yang Dorsett Pink anjurkan ni, syarat-syarat nye adalah :

1.  Follow blog Dorsett Pink ni.
2.  Letakkan blog Dorsett Pink ni dalam senarai bloglist korang.
3.  Komen banyak-banyak entri Dorsett Pink

Kalau korang memenuhi syarat NO.3, tapi tak penuhi syarat No.1 DAN NO.2, korang tak dikira sebagai pemenang. Hadiah akan diberi kepada yang memenuhi ketiga-tiga syarat tersebut. Faham tak? Buat-buat faham jer la kalau tak faham. 

Korang boleh ajak kawan-kawan korang sertai sekali, supaya kawan-kawan korang pun dapat peluang untuk dapat HADIAH SPECIAL tu. hihi..

So, nanti 3hb January 2017, aku akan umumkan senarai pemenang. Ingat tau - 3hb January 2017. And InshaAllah, lepas tu aku akan BW.

AKu nak ucap Terima kasih siap-siap dulu untuk korag semua yang berminat nak dapatkan hadiah tu.Thank you.

AND THANK YOU SO MUCH also FOR READING this entry..

Tuesday, 15 November 2016

PHD :: My 2nd Draft Thesis





I already got a feedback of my 1st draft with lot of comments... and I already expect it will be full with conteng-conteng here & there.. Like Firuz said, second draft would be more tougher and challenging..huhu.. I just pray for the best of my health to The Almighty.  May Allah swt gives me strength to walk through this journey till i reach at the destination.

My SV (supervisor)  ask for the final copy of my thesis at the end of December... So I only have 1 month ++  to go...
😭😭 So, it's time to freeze - no more hanky panky , no more chillin, no more lepak-lepak, no more cook, no more house chores,no more for everything, it's only time for thesis-thesis-thesis till vomit.. 

I already told my husband that i woould not cook till January 2017. hehe ('coz i take too much time for cooking). And he agreed!. Alhamdulillah, Allah swt gave me someone who can tolerate and understand me very well. I do pray to Allah swt for granting him with joy , happiness and rizq. 

Additionally, i dont have enough time to blog and blogwalking as well.. huhu.. Too bad!  I am so sorry guys. But, InshaAllah, if i do have a free time, i will visit you k. So, do not hesitate to keep following me and leave your comments at the comment's box. I do appreciate your effort and that tiny things would make my heart grew bigger and keep me smiling all day long. Believe me.. U guys really rock my day.

Thank you so much!