Friday, 4 November 2016

Tips Tawar - Menawar bila Shopping di China



Bila travel atau bercuti ke Negara China, tak shopping tak sah.
Wajib shopping! Sebab kat China, semua barang ada, korang cakap jer apa, semuanya ada...
Beg LV, Channel, Prada, PS, Xbox , iphone 7, handphone 4 camera, laptop, ultraman, semua ada & paling best MURAH! (walaupun yang fake.. hehehhe)

MURAH kalau korang pandai bargain..
Kalau tak tawar, jawabnye korang kene ketuk la..

Kat mana-mana tempat di China sama jer, konsep dia ialah - BARGAIN!..

Ni pun salah satu modus operandi nak friendly dengan customer.. Harga satu-satu barang tu sememang asalnya murah.. Sebab dieorang tak import, dieorang buat kat sana... So, cukai import dah confirm-confirm tak ada..and kos pengangkutan nak ship barang pun tak ada. labour force kat sana pun murah gak. sebab tu lah barang kat sana murah-murah...


So, macam mana? Ni cara dia : 
Kalau korang betul-betul nak barang tu, First time korang tanya minah/mamat yang jual tu harga die, korang terus potong separuh harga dari harga yang dia letak tu.. Andai kata, tak dapat separuh harga tu, korang blah jer pergi cari kedai lain (maybe sebab harga dia tak semurah separuh harga tu ) .. Contohnya, harga baju tu minah tu cakap 500 yuan, korang terus mintak kurang jadi 250 yuan

 Pastu, kalau dapat kurang harga separuh yang macam korang nak tu, korang cuba la mintak kurang lagi sikit-sikit sampailah sampai pada tahap 'harga mati' - maksudnya die dah tak nak kurangkan lagi dah...  Contohnya macam ni, dari 250 yuan tadi, korang mintak kurang sikit-sikit.. Mula-mula cakap la boleh tak 230 -200 yuan, pastu boleh tak 180 yuan, then turun lagi, turun lagi... 

** Tapi kalau korang tak nak pun sangat barang tu, just saja-saja jer nak tahu harga, tak payahlah start bargain ye..Nanti tak pasal-pasal korang kena "penampo"  ..


Ni experience aku sendiri.
Kat Beijing tu, ada 1 tempat shopping nama "Silk Market", Semua barang ada dijual kat Silk Market ni, even baju kurung, telekung solat pun ada jual kat sini, sama macam Pasar Baru kat Bandung la.. Kat Silk Market ni, rata-rata penjual pandai cakap Melayu sebab nak tarik pelanggan dari Malaysia.

http://l7.alamy.com/zooms/550bba2b9c0541db91b1394accf0e9e2/china-beijing-the-silk-market-material-and-silk-shop-c8cam7.jpg
Gambar ihsan from google image.



http://www.beijingabode.com/images/beijing-shopping-4.jpg
Ni dalam Silk Market.. 
Gambar Ihsan from Google image

Aku berkenan dengan satu skarf kepala ni (tudung), kain silk (sutera), harga dia letak RM 200 (dalam 400 yuan). Masa tu last day aku kat Beijing. Aku nak beli skarf tu untuk Ummi aku as a sourveniour. Dalam poket aku cuma ada RM 50. So memang tak mampu lah aku nak beli skaf  kepala tu..

Pastu, bila aku try tanya, dia cakap boleh kurang, tak ada masalah. Ini conversation aku dengan minah penjual tu.. Kami cakap bukan lah 100% bahasa melayu, actually campo-campo la antara english & melayu & sambil tunjuk calculator, diaorang pun tak mahir bahasa inggeris sangat pun,.

Aku : "tak nak, tak ada duit!"..

Dia : "berapa u ada?, i kasi u 300 yuan". 

Aku :  "tak nak, tak ada duit banyak tu".. , masa tu aku nak blah dah, tapi dia halang aku (nampak sangat dia beria nak aku beli skaf tu)

Dia : "OK, i kasi u 100 yuan, OK?"

Aku : "tak ada.. i tak ada duit, esok i dah nak balik Malaysia"

Dia : " Ok, berapa u ada?"

Aku : "Aku cakap aku ada 40 yuan (RM20)".. Aku tak boleh lah bagitau exactly duit RM50 yang aku ada sebab aku nak guna duit tu untuk tambang naik subway pergi airport nanti & untuk makan malam tu, nanti pokai la aku, tak balik Malaysia la jawabnye..

Dia : "Ok! OK! la ambiklah 40 yuan" (sambil marah-marah)...

Aku : Terus je hulurkan duit 40 yuan tu. Dalam hati aku kata - lantaklah ko nak marah pun, dah ko paksa aku beli ni...

Then, aku pun beredar dari situ dengan senang hati. Masa tu beli skaf ni, aku berdua dengan Fatt (Backpacker Busuk).

Pastu , bila aku balik Malaysia, aku jalan-jalan kat Midvalley, aku ternampak skaf yang aku beli tu kat salah satu butik kat dalam MidValley tu, design & kain dia sebijik sama. Then, aku pun try la tanya harga, and orang kedai tu cakap, RM 300.. Terkejut beruk aku masa tu..

Aku :  "MAHAL"!, (dasar mulut takde insuran!)

Penjual :  "kain dia ni berkualiti, tak sama macam kain kat kedai lain".

Aku : "What ever!) " (dalam hati je cakap).. Pastu aku terus blah ..

See! nampak tak, yang sebenarnya, butik kat MidValley tu ambik barang kat China, and bila balik Malaysia dia letak harga mahal nak mampos. Nasib baik, aku dah beli kat Beijing tu skaf tu.. 


Baju sejuk a.k.a winter coat ni aku beli kat Shenzen, China 
dengan harga RM50 setelah penat tawar-menawar......

So, kalau korang nak shopping kat China nanti,
be careful k, jangan sampai kene "ketuk" or kena "tipu"..
Pandai-pandailah tawar - tawar..

Thank you for reading..
Semoga entry ini mebantu..

27 comments:

  1. Seronoknya...last akak pi Guangzhou..shopping mmg heaven..pas ni x nk pi tempat yg ada shopping dh..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Kalau pandai menawar memanglah tak rugi
    Kalau dia boleh bagi harga tu memang sebenarnya ok kalau tak untung mana mungkin dia bagi.

    ReplyDelete
  3. Patotla org nk sgt pegi china ambik brg. Yg designer popular pn mmg dia org pegi plih kain n jhit kat sane. Pastu blik mlysia jual ratus ratus. Tp yelakan, in term of business :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupe betul . orang bisness mestilah kene cari barang murah, kalau tak rugi lah nanti bile berniaga

      Delete
  4. Tu dia.....berkali kali ganda...tapi ya lah...jauh kot sepa nak p amik barang...ha haha...takkan nak p china nal beli scarf satu ja kan....

    Btw thanks for the tips....sampai 50percent kena mintak kurang tu....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berbaloi la pi china semata-mata nak beli skaf sehelai tu jer

      Delete
  5. thanks for the tips..harus diasah skill tawar-menawar bila ke China..

    ReplyDelete
  6. Kalu SS... Harga baju 500... SS terus mintak tawar 180 atau semaksimum yang mungkin! SS dah set range price SS mampu beli adalah dari 180 ke 250... Dari situ logiknya penjual of coz akan naikkan harga... Tak mungkin akan jadi lagi kurang dari 180 jika starting bargain kita yang pertama dah 180... Penjual akan up up up hingga mungkin ke 250... Kalu lebih dari 250 baru blah ke kedai lain...

    ReplyDelete
  7. Bagi sis JM takkan minta kurang separuh dari harga tp harga yg kita nak yg kita rasa barang yg kita nak beli tu harga sgt berpatutan. Cth tshirt la kalau leh dpt rm15 dan ke bwh dah kira murah so bargain harga tu kalau dia x leh bg blah camtu je. Sis x kan minta kurang separuh pastu dia x kasi minta kurang lg..no!

    ReplyDelete
  8. I read yr profil. Short but impressive. Love it.

    I'll read yr writings later.

    Nice webpage. Not kelam-kabut as the rest.

    ReplyDelete
  9. Berbaloi betul Intan dapat scarf tu dengan harga 40 yuan :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Wahh jimat besar kalau pndai bargain kan.heeee

    ReplyDelete
  11. jauh betul beza rm300 dengan rm20 tu.

    ReplyDelete
  12. tq for the tips! bila tah nk sampi china ni...dh masuk wishlist lama dah...ngee

    ReplyDelete
  13. salam singgah dik
    wah pandainya tawar menawar jauh tu beza nya beli kat tempat sendiri

    ReplyDelete
  14. Dah gi China tak masuk GA by JM and SS pun takpe..dh ada FM hehe

    ReplyDelete
  15. ardilla noorezan : untung dan jimat

    azaleania : hehehe.. sebenarnya buat masa ni saya tak pernah lagi join contest or GA mana-mana, sebab tak dapat nak beri perhatian. nantilah bila saya dah habis belajar nanti saya join. tapi kita support kawan2 yang masuk GA tu

    kak nooriah seroja : tak pandai kak, main bantai je sebenarnya. untung sabut plak, dapat kurang

    yana MIB : inshaAllah, nanti sampailah ke China tu tak lama lagi

    MIss YIu : ALhamdulillah, rezeki

    ReplyDelete
  16. adam : Thank you

    Farrah : berbaloi sangat-sangat farrah. murah giler 40 yuan tu

    sheila : seboleh mungkin kita kene cari yang sejimat mungkin dengan ekonomi sekrang

    Jueliza : salam kenal mama.

    raihanah : kan jauh beza kan?

    ReplyDelete