Friday, 27 January 2017

Makan Western Food Dalam Dulang Yang Tengah HOT



Ahad hari tu, dari Port Dickson on the way balik KL, aku dan family singgah makan kat Bandar Baru Bangi,nak merasa makan western food dalam dulang yang tengah HOT sekarang - Western Dulang..

Restoren Western Dulang ni terletak kat dalam Shopping Complex Bangi Gateway, BB Bangi.. Dari main road, dah boleh nampak restoren ni betul-betul menghadap jalan utama.

Ni menu lamb. Gambar atas tu menu ayam.

Makanan dia sedap, tak mengecewakan sampaikan kitaorang pun makan 3 dulang sebab ramai yang perlahap-lapar sebab sebelum tu kitaorang berjimba main water sports kat PD.

Harga 1 dulang ni dalam RM50 la. Aku pun dah lupa exact price dia.. 1 dulang ni boleh makan antara 3-4 orang...

Selain dari dulang ni, kat sini pun ada gak makanan ala-cart lain untuk sorang makan. And also ada makanan yang bukan western macam makanan melayu. Tapi kalau korang datang malam, hanya western food jer yg available..

Lastly, this place is highly recommended πŸ‘πŸ‘πŸ‘ 

8 comments:

  1. bagus ni..berjemaah..food pun sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut sunnah Rasulullah saw,makan dalam dulang. Hehehe

      Delete
  2. Ooo style makan dalam dulang pula... macam-macam. Tapi nampak sedap tu...

    ReplyDelete
  3. Masuk list :) kot kot la april ni sampai bangi ;)

    ReplyDelete
  4. Akan masuk dlm my bucket list..menarik ni konsep makanan atas dulang..

    ReplyDelete
  5. Kat bangi getway je? Tahu tempat ni

    ReplyDelete