Thursday, 15 June 2017

Ph.D and Master Talk :: Tips to Write a Good Paper


Assalamualaikum..

Hari ni aku nak share TIPS macam mana nak tulis journal paper - Tips to Write a Good Journal Paper. 
Student Master & Ph.D wajib buat journal paper kan sebagai syarat graduasi kan?
Tapi aku confirm ramai yang tertanya-tanya macam mana nak tulis artikel untuk jurnal. 
Sebab aku pun macam tu ..kehkehkehke.

So, sebabkan aku tak tahu macam mana nak menulis, then aku ambik inisiatif pergi ke kelas "Writting" kat MPWS, Bangi.. Melabur duit sendiri pergi workshop tu. Penaja taja belajar pun memang tujuan nak suruh pergi belajar kan? Kan? Kan??  So guna je lah ke arah jalan kebaikan untuk mencari kebenaran dalam menulis artikel yang mantap & bagus....

So, inilah TIPS yang aku dapat dari Writting Class tu..  Lecture disampaikan oleh Professor yang bertauliah dari UUM.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/06/phd-and-master-tips-to-write-paper.html


So, kesimpulannya , untuk menulis artikel jurnal yang bagus, kita perlu letakkan 5 point atau heading yang dinyatakan di atas. Reviewer akan evaluate paper tu based on criteria yang dinyatakan tu iaitu Introduction, Methods, Results, Discussion dan Conclusion.

1. Introduction - Korang ceritalah paper yang korang tulis tu pasal apa, apa sebab korang buat paper tu dan apa masalah (background) disebalik topik research yang korang cuba highlight tu dan jangan lupa letak objektif paper di bab ini; contoh ayat - 'This paper has seek to address........'

2. Methods - Dalam section methods ni, korang tulis la pasal material yang korang gunakan untuk buat kajian tu, contoh macam data collection, methods apa yang digunakan, kaedah sampling kalau ada dan jugak cerita apa responden yang korang guna untuk buat kajian tu (kalau ada) macam siapa respondennya, kategori umur, kerja apa (adakah pelajar, suri rumah, atlit sukan, pegawai kerajaan , etc).

3. Results - bab ni korang cerita apa yang korang dapat (penemuan) semasa sesi data collection atau lebih tepat lagi ialah penemuan kajian tersebut, adakah korang jumpa benda baru ke, atau jumpa benda yang sama je macam scholar lain buat, just cerita jer.

4. Discussion - Discussion ni korang kena discuss pasal result korang tu. Korang kena highlight the meaning of your research sebab kat sinilah reviewer akan nampak contribution research korang to the body of knowledge.

5. Conclusion and Recommendation - kat bab ni ada 2 part yang kita kena highlight. 
Firstly, kita kena conclude apa yang kita dah buat dalam kajian tu (specifically untuk paper tersebut). Conclusion ni kita kena cerita - adakah kajian yang kita buat tu mencapai objektif yang dinyatakan dalam bab 'Introduction' tu tak (memang kena capai la, kalau tak capai objektif, silalah karang balik paper anda) dan nyatakan contribution research korang tu, apakah yang penting sangat dalam penemuan kajian korang tu yang korang rasa kajian/paper korang ni BOMBASTIC la. Gunalah ayat-ayat yang bombastic supaya REVIEWER impress ngan paper korang dan terus 'ACCEPT' tanpa sebarang rasa was-was..

Secondly, kita kena nyatakan recommendation untuk further research. Paper korang ni dibaca oleh orang-orang yang minat dalam bidang tu, so diaorang akan ambik idea dari paper korang tu untuk mengkaji benda-benda yang baru, so di bab inilah paper korang tu memberi nilai tambah (added value) kepada orang lain untuk buat research atau untuk sambung master ke atau sambung phd di amsa akan datang. And perlu diingat, jangan letak citation langsung sini (recommendation) dan ianya hendaklah kurang dari 300 patah perkatan.

****************
Ok, aku rasa itu je lah yang aku nak share setakat ni. 
Actually ada banyak lagi Tips menulis artikel akademik ni, tapi nanti-nantilah ye aku cerita, nanti tulis panjang-panjang, panjang la pulak korang nak baca.. Kesian korang, dah lah korang puasa...huhu..

Ok lah, nanti kita sambung lagi k. 
Stay tuned!

Thank you for reading. Selamat Beribadat!

12 comments:

  1. Terima kasih untuk tips ni DP.. Berguna bagi yang tengah blur macam mana nak menulis paper..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama tati. Semoga perkongsian saya ni bermanfaat juga untuk orang lain termasuk diri ini sendiri.

      Delete
  2. teringat zman kak azni buat master dulu hahaha.. seksa tp pengalaman yang berharga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza.. Pengalaman tu yang mahal tu.. Masa belajar tu memang rasa susah, tapi lepas belajar happy tak terkata epecially waktu konvo. hihi

      Delete
  3. Terbaik.
    Dpt belajar melalui entry ni.
    Thnks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah en.adam. Semoga kita sama-sama dapat belajar..

      Delete
  4. Tq sharing, semoga bermanfaat pada mereka yang tengah further studies.

    ReplyDelete