Tuesday, 22 December 2015

Travel :: Tips Masuk ke Universal Studio Japan

Salah satu matlamat nak ke Osaka ialah sebab nak ke USJ - Universal Studio Japan. Aku punya wishlist, nak masuk semua Universal Studio dalam dunia ni. Aku dah pergi USS, dan kali ni ke USJ pulak, Hopefully tercapai la satu hari nanti untuk masuk semua Universal sudio dalam dunia ni. En.suami pun dah bagi greenlights. Yeaaaayyy..
Frankly speaking, from the bottom of my heart, nak masuk USJ ni mencabar jugak la... USJ tak sama macam USS (Universal Studio Singapore). Kalau korang kata ramai giler orang pergi USS, USJ ni lagi berkali-kali ganda ramai.. And yang ramai tu kebanyakkannya rakyat Jepun sendiri. Jepun kan terkenal dengan jumlah populasi yang banyak. En.suami spend time untuk  search pasal USJ (via internet surfing) lama jugak la. Macam-macam review kami baca.
USJ ni dibuka dari jam 9 pagi sampai 9.30 malam. Hari-hari bukak. Ada one day tiecket, and ada 2 day ticket.
1. How to get there :
1. Naik JR train - 'Osaka Loop Line'
2. Then, stop kat stesen 'Nishikujo'
3. Tukar train, ambik train 'JR Yumesaki Line' - train kartun-kartun atau train gambar 'Harry Porter'
4. Pastu, stop kat stesen 'Universal-City', 2 stesen je dari 'Nishikujo'.
Ni lah rupa train yang menuju ke USJ
2. Beli Tiket USJ
#Tips untuk beli tiket - belilah siap-siap sebelum tiba di USJ sebabnya kalau walk in , hazabedah! sangat-sangatlah lama. Kawan aku punya pengalaman, 2 jam beratur kat kaunter tiket nak beli tiket jer.. Pastu pulak, nak beli 'express pass' tak boleh beli kat kaunter, terpaksa beli di online. Kalau tak beli express pass - beratur la jawabnya.. Beratur kat dalam USJ ni tak sama macam beratur kat dalam USS tau. hahahha
Ni interface website USJ

Ni pengalaman aku (mungkin pengalaman korang berbeza, so nanti janganla pulak kata - saya senang je beli tiket)....

#1. Beli tiket via online - https://www.usj.co.jp/e/
First thing first, nak dapatkan tiket masuk ke USJ. For your information, tiket USJ yang dijual di website dieorang (online purchasing), - perlu dibeli dengan bahasa Jepun. Maksudnya, bile kita nak beli tiket through website USJ ni, die automatik terus keluar bahasa Jepun. So, kalau nak beli tiket, kena guna 'Google Translator' untuk purchase ticket. Kalau ada kawan-kawan yang tahu bahasa Jepun, minta tolong la kat depa untuk buatkan.
Pastu , bile dah berjaya, and nak bayar, tak boleh bayar, die tetiba pergi ke page lain. huhu...
#2. Beli tiket kat mesin OP.
Mesin ni ada kat kedai runcit Lawson kat sekitar Negara Jepun ni.. Nak beli tiket apa-apa, boleh beli guna mesin ni.. Sama macam nak beli through online, bila nak bayar, dia terus bahasa Jepun. So, kena minta tolong staf kat situ, tolong buatkan. Tapi kalau staff tu sibuk, ada customer lain masa tu, niat tu terpaksa dibatalkan saja..
Ni rupa mesin OP.. Tiket masuk Disneyland pun boleh beli kat sini.
#3. Walk-in : Beli tiket kat pintu masuk USJ 
So, terpaksalah aku beratur panjang kat depan kaunter USJ ni.. Kalau nak walk - in, make sure datang pagi-pagi, sebab nanti nak kena beratur nak main game kat dalam pulak...
#4. Beli tiket USJ kat Agensi Pelancongan atau Matta Fair
Kalau baca blog Sis Jari Manis - JM yang comel, die beli kat Matta Fair kat PWTC tu.. Baca entry tu kat SINI. Kalau nak beli kat Matta Fair tu, kena plan awal-awal la bile nak ke USJ, sebab bile dah beli dah tak boleh return semula dah. Macam aku yang jenis plan last- minit ni, memang tak dapat la nak beli awal-awal. 
 Harga tiket

Harga 'Express Pass'
Pass 3 - 3,300 yen
Pass 5 - 5,200 yen
Pass 7 - 6,600 yen
** P/s : Pass 3 tu maksudnya 3 game jer yang boleh express (tak perlu beratur).
Kalau Pass 5 - 5 game je la yang boleh express..
**P/s : Harga ni selalu berubah-rubah ikut tarikh.
So, sebelum beli, kena check dulu kat wesite USJ.

Kenapa kena beli 'express pass'?
Sebabnya kalau tak beli, korang kena beratur panjang giler untuk main satu-satu game atau nak naik ride. Contohnya, main attraction kat USJ ni 'Harry Porter' , nak beratur untuk naik Harry Porter ni 2 jam. Kalau beli express pass, tak perlu beratur, terus naik jer.
Express pass ni bukan untuk semua game. Ada ceritain game jer, depends on package yang kita beli. Dan pakej ni tak sama sepanjang tahun, die berubah-rubah ikut suka hati dia. So, kena selalu check website die la, apa yang latest seblum korang beli..
3. Plan your trip to USJ
Memandangkan USJ ni dipenuhi dengan lautan manusia, dan nak main satu-satu game tu, kena beratur panjang giler,  jadinya lebih baik korang plan trip korang ke sana. Sebelum datang sini, download dulu map USJ from website dieorang kat sini - https://www.usj.co.jp/e/common/studiomap.html.
And, study apa attraction yang best kat sini, and apa yang korang nak naik. Pastu, bile masuk dalam USJ, terus tuju ke tempat yang korang nak main tu. Sebabnya, kalau tak buat macam ni, sampai sana baru terpinga-pinga nak main apa, masa korang habis macam tu jer... Dah la bayar mahal.
Kat dalam USJ ni penuh ngan local tourist dari Negara Jepun sendiri. Staff USJ (orang Jepun) tak macam yang kita kenal kat luar USJ which is sooo friendly. Kat dalam sini, staff tu tak layan sangat tourist dari negara lain. Dieorang lebih bagi perhatian kat rakyat dieorang sendiri. Ye la, rakyat dieorang yang berjuta-juta ni juga yang menyumbang pada ekonomi USJ ni..  
Attraction yang paling best dalam USJ ni - Harry Porter (wajib cuba!), Jaws , Jurassic Park (rasanya kat USS pun ada Jurassic Park ni). Yang lain-lain tu, depends la korang nak naik apa.



4. Makan
Kat dalam USJ tak ada tempat makan halal. So, kami bawak bekal makanan masuk sini. Actually, tak boleh bawak, tapi kami sorok-sorok dalam diapers bag FL. Kalau tak bawak bekal, maybe korang boleh makan vegetarian food kat restoren dalam USJ ni. Ada banyak resoten kat sini. Food court pun ada. Atau boleh bawak snack atau roti-roti sorok-sorok letak dalam beg.
Untuk yang bawak baby pulak , baby food ada jual kat 'Snoopy Backlot CafĂ©'. So mummy tak yah risau kat mana nak cari baby food atau risau nak bawak 'puree' untuk baby. Mummies boleh beli yang vegetable ingredients food. Confirm halal.
My lunch box
5. Solat
Kat dalam USJ tak ada prayer room khas untuk solat. So, hari tu kami cari tempat tersembunyi & perform our solat. Wudhu' ambik kat dalam toilet. Alternative lain, korang maybe boleh minta kebenaran untuk solat dalam baby room (kat dalam 'Universal Wonderland'). Hari tu kami tak solat sini, sebab en.suami segan & tak nak ganggu keselesaan ibu-ibu lain untuk buat 'urusan' dalam baby room ni. That's why, kami solat kat tempat lain.
Solat kat tempat tersembunyi..
Kalau travel, biasanya aku memang bawak sejadah yang nipis giler (khas untuk travel)..
Masa pergi hari tu, haji hujan..
Semoga info-info yang aku kongsikan ni dapat membantu mempermudahkan urusan korang untuk masuk dalam USJ.. Kalau ada info yang tak lengkap, aku mintak maaf.. Maybe korang boleh cuba search kat blog-blog lain yang cerite pasal USJ ni..
That's all for today. Nanti aku sambung lagi k.
Thank u for reading !

31 comments:

  1. info yg lengkap utk mrk yg berminat ke USJ...mesti studio ni sgt mengagumkan hingga diinginkan DP utk dikunjungi...tentu puas hati hajat dh sampai tu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. apa maksud awak ambik pakej?

      saya Osaka ni sendiri redah, beli tiket sendiri, makan cari sendiri and jalan2 pun sendiri.. masuk universal studio ni pun sendiri cari tiket

      Delete
  3. Ehhh.. Pompuan bertudung dah dibenarkan masuk ke sekarang? Sebelum ni nanges2 dorang tak bagi masuk... takut pompuan bertudung mati terjerut tudung agaknya... Bengong... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke dulu pompuan bertudung tak leh masuk? tak tahu pulak..

      hari tu ramai jer orang bertudung masuk sini, ok la

      Delete
    2. Betul. Sis JM masa pegi dulu pun kena tahan. Tak leh naik ride sebab pakai tudung.

      Delete
  4. Seronoknya tengok gambar travel.. Walaupun tahu rezki masing2 but still nak jeles jugak.. hahaha.. kenapa tak ada gambar yang harry potter punya tempat tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa nak jeles? mr.doctor kan dapat gi korea..

      Delete
    2. Sebab jepun tak pernah sampai lagi.. huhu.. Tapi seriously.. X ada ka gambar yang harry potter punya tempat tu.. Kat USJ kan? im a big fan of HP.. huhu

      Delete
  5. Kami x masuk hari tu... jalan2 kau universal walk yg cantik aja..hehehe.. niat hati memang nak masuk tp pasal bca review rmai sangat umat kat dalam, so malas la..hehe....

    ReplyDelete
  6. Harry Potter dekat USJ ni kiranya baru buka kan?

    ReplyDelete
  7. Penuh informasi tapi entah bilalah kakak nak ke sana:)
    Solat itu tanggungjawab bila ada kemahuan di mana pun boleh cari jalan.

    ReplyDelete
  8. Bestnya, Intan! Yg Harry Potter tu ride ke apa?

    ReplyDelete
  9. Moga impian Intan utk takluk semua US akan tercapai :)

    ReplyDelete
  10. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  11. lengkap dh tu panduan nk bli tiket ke USJ nihhh.....harap2 ada rezeki jugak ke sana heheheh

    ReplyDelete
  12. tak minat sangat theme park tapi kalo da sampai nak je pergi.. pergi amek gmbr ahhaha..
    so masuk untuk ronda2 saja boleh ? memang jiwa x kuat nak main2 semua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT. rugi lah kalau masuk tak main sebabnya harga tiket die mahal nak mampus.... so kalau rasa tak nak main, tak yah lah beli tiket, just jalan-jalan kat luar USJ tu jer

      Delete
  13. Assalamualaikum sis..klo bw baby blh main ke?pastu sis rsa perlu x bw stroller?sng x nk bergerak naik train?tq

    ReplyDelete
  14. Noura, ok jer bawak baby sebab saya pun bawak baby jugak.. just naik mainan yang dibenarkan untuk baby je lah.. kalau macam roller coaster , harry porter atau mainan lain yang ada had ketinggian, itu semua baby tak boleh main...

    Stroller?? memang penting sangat-sangat bawak stroller biler travel and jangan lupa jugak bawak baby carrier.. stroller tu guna bile baby nak tido & bile parents dah penat nak dudkung baby. hehehe. tapi cari stroller yang paling ringan & senang nak fold & unfold.. kalau boleh bawak stroller yang berat 5kg and less.. kalau 6kg tu dah berat, takut nanti menyusahkan pulak nak naik trun bas & train bagai..

    ReplyDelete
  15. Pink,
    I am going to osaka this month end.
    Thanks for sharing this .cause i wil be or fore sure i will masuk usj.

    ReplyDelete
  16. Pink,
    I am going to osaka this month end.
    Thanks for sharing this .cause i wil be or fore sure i will masuk usj.

    ReplyDelete
  17. Terima kasihhhh. Sangat membantuuuuu. Pening gueee nak g Japan nih

    ReplyDelete
  18. Wah menarik dapat ke USJ. Saya cuma pernah ke USS.. Jika admin/sesiapa berminat, Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/SINGAPORE ZOO/GARDEN BY THE BAY/SEA AQUARIUM dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
    .
    Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
    JESSICA, LOVE TRAVEL (whatsapp: +6012-7760219) Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ

    ReplyDelete
  19. Thanks a lot.. sangat2 membantu untuk my next trip hehehe

    AMERZING | http://ameridzuan.blogspot.my/

    ReplyDelete