Thursday, 13 April 2017

Travelog New Zealand 2017 | Our Road Trip

Assalamualaikum.

 Kali ni aku nak cerita pasal kitaorang punya family holiday (my big family including 8 adults + 1 toddler) kat New Zealand hari tu. Ini adalah kali pertama kitaorang sampai NZ ni except for my husband yang dah pernah datang. And trip ke NZ ni kitaorang buat road trip / pandu kereta dari utara sampai selatan.  So, meh aku citer detail :

1. Touring North Island & South Island
Trip kitaorang di NZ hari tu 8 hari jer. Kitaorang plan & pandu & jalan sendiri, tak ada guna khidmat travel agent atau travel guide. Tiket ke NZ ni kitaorang grab tiket promo AA last year, dari KL - Auckland, transit 1 jam kat Gold Coast Airport.

Sampai di Auckland, kitaorang drive ke Rotorua, spend masa kat Rotorua 2 hari then pergi semula ke Auckland, catch flight Jetstar Airlines ke Pulau Selatan,specifically Christhchurch City. Kitaorang spend masa lama kat Pulau Selantan ni tapi rasanya tu pun tak cukup. Banyak lagi tempat yan kitaorang tak sempat pergi sebab kekangan waktu. So, for sure next time kitaorang datang lagi NZ!

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Kat Pulau Utara, kitaorang sempat pergi ke Rotorua jer. Tempat-tempat lain tak dapat nak cover lagi. So next time ya kalau ada rezeki. Dari Auckland ke Rotorua ambik masa 3 jam driving. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
Kat Pulau Selantan, kitaorang start dari Christchurch, then pergi ke Lake Tekapo, Lake Pukaki, Twizel,Wanaka, Cromwell, Alexandra, Dunedin, Queenstown. Along the way adalah stop kat mana-mana macam kat Lawrence & Clyde. Pengembaraan kitaorang di Pulau Selantan berakhir di Queenstown. Then kitaorang ambik flight Jetstar terbang semula ke Auckland, then ambik flight AA balik KL. 

Harga tiket flight semua sekali termasuk check-in luggage + makan + insurance dalam RM 2,000 seorang. (Detail itinerary nanti aku cite kemudian).



2. Car Rental
Hari tu kitaorang book 2 buah kereta sebanyak 3 kali, sekali di Auckland, sekali di Christchurch & lastly di Auckland lagi sekali.

Di Pulau Utara, kitaorang sewa kereta di Auckland Airport & hantar semula di tempat yang sama. Kitaorang sewa kereta dengan Ezi Car Rental & Ace Car Rental. Sebab apa tak sewa dengan 1 company jer? Jawapannya ialah sebab kereta di EZI Car Rental fully booked sebab kitaorang book last minute, esok nak pergi hari ini baru book. Kitaorang memang jenis spesis last minute. Andai kata nanti kalau tak ada kereta pun, pandai-pandailah kitaorang redah. 

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
Ini kereta kitaorang di pulau utara

Di Pulau Selatan, sewa kereta kat Christchurch Airport, then hantar kat Queenstown Airport. Kitaorang sewa 2 buah kereta dengan EZI Car Rental. Tak banyak company sewa kereta yang boleh bagi sewa macam tu (ambik kat tempat lain, hantar kat tempat lain), salah satunya EZi Car Rental yang bagi servis macam tu & urusan sewa kereta dengan Ezi ni pun super easy seeasy namanya. 

Harga sewa kereta dengan Ezi ni NZD 61/day untuk sebuah kereta. Kitaorang ambik kereta sedan. Insurance pulak NZD 25/day/car. Harga deposit kereta kena bayar NZD 2,500. Kalau tak ada apa-apa kerosakan pada kereta, 2,500 dolar tu dipulangkan semula pada kita. 

Harga untuk GPS : NZD 10 / day
Car seat untuk baby : NZD 40 sekali sewa

Hari tu kitaorang tak sewa pun GPS & carseat. Tak sanggup nak bayar 10 dollar sehari tu. FL pulak boleh baring je kat dalam kereta sebab dia tido je memanjang, kalau nak sewa carseat tu tak berbaloi lah sebab makan space. And sebab kitaorang tak sewa GPS, so kitaorang navigate guna Google Maps kat handphone jer.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
Ini kereta kitaorang kat pulau selatan
Ini kereta kitaorang di Auckland last skali sebelum balik ke Malaysia - Toyota Previa.

P/S : Kalau korang nak sewa kereta dengan harga murah kat Pulau Selatan (boleh dapat semurah NZD 1 dollar / day), korang terus terbang ke Queenstown and sewa kereta kat Queenstown, then roadtrip tu berakhir di Christchurch & hantar kereta di Christchurch. Sebab apa boleh dapat harga murah? Sebab tak ramai yang sewa kereta dari Queenstown, ramai yang buat roadtrip dari Christchurch pastu hantar kat Queenstown, pastu staff company tu terpaksa turun ke Queenstown ambik kereta tu. So untuk menjimatkan perbelanjaan company, jadinya diaorang bagi sewa murah untuk sesape yang sewa kereta dari Queenstown, & hantar ke Christchurch. 

Info ni pun aku baru tahu hari tu masa nak book kereta hari tu, masa tu dah beli tiket semua siap. So, next time memang akan datang ikut Queenstown la nampak gayanya.

P/S : Sewa kereta di NZ tak perlukan international driving license, valid dengan lesen memandu Malaysia. Korang just photostat je lesen + passport & bagi kat dia sekali ngan passport original korang. Lesen original kena tunjuk jugak. Ada gak kes dia tak nak tengok pun photostat lesen tu, sebab diaorang tolong photostat sendiri. Tapi better be prepared! Nanti susah pulak kalau nak kena cari kedai photostat kat sana. 

CAR vs CARAVAN / MOTORHOME ?
Ramai yang travel ke NZ naik caravan kan? It depends on you which is more preferable.
Bagi aku dua-dua ada pro & cons. Tapi aku lebih prefer sewa kereta kat NZ. Sebabnya ?

- Sebab caravan ni tak boleh sebarangan parking jer, kena cari tempat parkir yang dikhaskan untuk caravan or long vehicle. Especially kat dalam town (macam Dunedin / Queenstown) tak ada tempat parkir caravan ni. So, biasanya aku nampak traveller yang sewa caravan ni, diaorang akan sewa sekali ngan basikal, pastu angkut basikal kat belakang caravan tu. So, nanti diaorang boleh park caravan kat hotel diaorang & jalan-jalan sekitar naik basikal. Ada gak aku nampak yang sewa sekali ngan kereta. So, kereta tu diaorang akan angkut kat belakang caravan tu macam kereta kena tow. 

- Sebab space dalam caravan ni kecik. So untuk trip family yang ramai-ramai macam ni bagi aku tak sesuai.And toilet ada 1 jer - nanti berebut nak masuk toilet. Pastu toilet kecik jer. And tempat letak barang sangatlah terhad, so kalau sorang-sorang bawak beg troli Akademi Fantasi besar gedabak tu kat mana nak campak beg-beg tu semua. Lainlah kalau korang jenis light traveller, pergi sana hanya bawak backpack jer, boleh lah sumbat backpack tu kat mana-mana. 


http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Ini salah satu caravan aka campervan. Dia ada macam-macam jenis.

 Dalam dia besar ni je.. Memang berlaga punggung lah sorang-sorang kalau kitaorang ambik caravan hari tu. Katil ni sebenarnya tempat duduk. Kalu nak tido, boleh jadikan kerusi tu sebagai katil.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Ni kitchen dalam caravan ni

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Ni pintu toilet

 Kecik jer toilet dia

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Kalau sukakan cabaran & nak lagi jimat - boleh cycling jer. 
Kalau tak ada basikal sendiri, boleh sewa basikal kat sana. Beg panniers pun boleh sewa kat sana.

 3. Minyak Kereta
Minyak kereta kat sana tak sama diseluruh NZ. Harga minyak petrol kat sana ikut tempat, contoh macam kat Dunedin lebih murah dari harga petrol di Queenstown. Tapi range dalam NZD 2.00 - NZD 2.50 seliter.

Cara nak isi minyak kereta kat sini sama je macam kat Malaysia, cumanya korang kena isi dulu minyak tu sendiri, pastu bila dah habis isi minyak, masuk dalam kat kaunter bayar. Konsep dia - 'Pam & Bayar'. Boleh bayar guna cash or guna kad kredit.


4. Internet Connection
Kalau nak dapatkan internet, korang boleh beli sim kad NZ, tapi harga dia mahal dalam NZD 15 untuk 1G data (RM45). Other option, boleh sewa mobile wifi hotspot, ada kat airport tapi harga dia pun sangat-sangat mahal.So, sebabkan mahal, kitaorang langsung tak beli simkad mahupun mobile hotspot tu. Internet not so much important for us since our family was there also. Untuk info lanjut pasal sim kad kat NZ, boleh baca entry ini.

Tapi kat NZ, mana-mana tempat public pasti ada WIFI PERCUMA. Contoh kat mana-mana airport di NZ, korang automatik akan dapat wifi percuma selama 45 minit. So, dalam masa 45 minit tu gunalah wisely. Macam kat Mcdonald, kat hotel, kat kedai makan, kat stesen minyak semua ada wifi & it is Free, cuma laju atau lambat jer la. Benda free kan mana ada yang sempurna.

So, kalau kitaorang nak search maklumat apa-apa or nak cari jalan untuk pergi mana-mana masa tengah on the road tu, kitaorang just drive ke stesen minyak jer atau mana-mana tempat yang ada wifi & surfing.

5. Navigation
 Ok kat atas aku ada cerita yang kitaorang tak sewa GPS & kitaorang just guna handphone jer untuk navigation, downlaod apps Google Map kat dalam hp, or some hp dah siap-siap ada Google Maps. And bila ada wifi, kitaorang google tempat yang kitaorang nak pergi tu dalam Google Maps, pastu tekan je butang 'Navigate'. Walaupun internet connection tu akan hilang sebab kereta kita bergerak, it's OK, navigation tu tetap akan navigate sampai kita sampai ke destinasi, tapi JANGAN SESAT tau! Sebab nanti Google Map tak dapat nak 're-route' semula. 

And bila dah tak sewa internet, aku akan pastikan untuk bawak MAP / PETA hardcopy. Always be prepared because u would not know what will happen throughout your journey. Peta NZ ni aku ambik kat dalam buku Lonely Planet & kutip map kat airport jugak. Even, kat Kinokuniya KLCC ada jual semua map untuk semua tempat (i guess) kat atas dunia ni in case kalau korang nak beli map dari Malaysia.


6. Accommodation
Sebabkan roadtrip kitaorang bergerak dari satu tempat ke tempat lain, jadinya kitaorang sewa tempat penginapan yang berlainan saban waktu. So, we did the packing every day. Semua accomodation kat sana di tempah melalui airbnb.com.

Kitaorang sewa rumah  masa kat NZ hari tu sebab nak tempatkan semua orang dalam 1 umah. NZ, Aussie, EU or US very strict dengan bilangan guest yang menginap dalam sesebuah bilik hotel / rumah, tak boleh main sumbat jer semua orang duduk macam sardin dalam satu bilik macam kat Malaysia ni, nanti kena bayar denda kalau didapati melanggar peraturan. 

Tapi tak banyak tempat yang boleh accomodate semua 9 orang dalam 1 rumah, so terpaksa sewa 2 unit rumah. Tapi masa kat Queenstown, kitaorang sewa motel yang perlu shared kitchen & shared bathroom dengan guest lain sebab tersalah book & tak boleh cancel, kalau nak cancel duit burn. So sewa je lah motel tu.
http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
Ni rumah kitaorang kat Twizel

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
Ini penginapan kami di Bandar Dunedin - Cumberland Motel

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Ini rumah kat Alexandra - The living room

Ini rumah kat Alexandra jugak  - The kitchen (rumah yang sama dengan gambar atas)


7. Makan
As usual bila pergi travel, kitaorang masak sendiri kat rumah. Makan kat luar bila ada jumpa kedai Halal jer sebab kedai Halal kat NZ tak banyak. Harga makanan di NZ boleh rujuk ENTRY INI. Beli groceries kat 'Countdown' or kat 'Pak n Save', pastu balik umah bersilat kat dapur. Hari-hari keluar rumah bawak bekal untuk makan tengahari & minum petang. 

Harga barang groceries kat sana super duper murah. Lebih murah dari Malaysia. kat sana tak ada tax GST, maybe sebab tu la kot murah. And sebabkan kitaorang berpindah randah setiap hari, jadinya bahan-bahan basah macam ikan, sayur, susu kena dibeli hari-hari tapi bahan-bahan kering boleh beli sekaligus masa hari pertama kat pulau selatan. Ada gak makanan yang kitaorang bawak dari Malaysia, boleh baca kat ENTRY INI.


  Pasaraya Countdown. 
Bukak dari jam 7 pagi sampai 10 malam.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Cost setroli makanan ni ialah NZD 131

Tapi bukan hari-hari spend melebihi NZD 100 dollar cuma first day je beli banyak ni, hari-hari lain just beli barang basah jer - ikan + sayur + fresh milk & it cost around NZD 30.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
  Ini makan malam kitaorang. 
Most of the day kitaorang masak benda yang sama jer sebab malas nak fikir-fikir menu.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Ini bekal / bento kitaorang masa siang hari - mee goreng / nasi goreng / spaggethi / maco & cheese.
Snack - sandwich + fruits + chocolate.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
Ini salah satu makanan breakfast kitaorang + fresh milk

8. Scenery
NZ memang sangat indah dengan kecantikan landskap nya. So kalau drive jauh-jauh pun rasa tak bosan sebab sepanjang perjalanan, kita akan disajikan dengan permandangan yang sangat indah. 

Bagi aku , from my point of view, antara pulau utara & pulau selatan, pulau selatan lagi cantik. So no wonderlah ramai traveller yang mengembara ke pulau selatan compare than pulau utara.
http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Lake Tekapo

 Ini masa on the way, somewhere in South Island

 Ini kat Lawrence.. Bestnya ada rumah yang ada background macam ni.

Pulau selatan jugak terkenal extreme game. A world recognize that. Ada macam-macam extreme game kat sana macam bungy jumping, sky diving, water rafting, hiking, canoeing, abseiling, rock climbing dan macam-macam lagi lah. So untuk yang sukakan aktiviti lasak, take your chance to hoop aroud k, InshaAllah u will never regret. 

Aku pulak memang suka aktiviti outdoor macam tu tapi kali ni tak ada peluang nak buat sebab kekangan masa. So next time datang memang nak buat aktiviti tu. #wishlist

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
Ini adalah tempat yang paling famus untuk bungy jumping kat NZ - Kawarau Bridge. 
A world recognize it.

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
 Kawarau Bungy Centre

http://dorsettpink.blogspot.com/2017/04/travelog-new-zealand-travelguide-itinerary.html
Ini permandangan dari atas Kawarau Bridge. 
Rasa nak gugur jantung tengok bawah apatah lagi nak terjun... OOOOOOoooooo!! aku tak sanggup =((


Ini sahaja aku yang kongsikan setakat ini. Untuk itinerary detail, aku cerita dalam entry berasingan satu persatu. Hopefully entri ni dapat membantu korang untuk merancang perjalanan & merancang budget korang ke NZ nanti.

15 comments:

  1. Cantiknyaa NZ ni.. My wishlist destination😍
    Bestnya pergi pulak dengan keluarga besar kan.. Kenangan tak dapat dilupakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah Husni kenangan yang sangat best dapat spend masa dengan keluarga besar kat sana.

      Delete
  2. nice photo.singgah sini & follow u..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ irda sebab follow saya.. nanti saya lawat rumah ida

      Delete
  3. Ternganga baca! Roadtrip kottttt! Best gilaa... Dah la tempat semua cantik. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fairuz sebab baca sampai habis. hehe

      Delete
  4. Cantiknya tempat orang. Terbaiklah detail akak. Best baca, dan lgi menarik percutian family tanpa internet. Mesti masa yang diluangkan pun berkualiti sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Mayy sebab baca entry akak ni. Alhamdulilah mayy dapat luangkan masa berkualiti dengan family & dpt sama-sama rasa excitement kat sana..

      Delete
  5. Gigih ku membaca satu persatu sebab berangan nak sampai ke sana satu hari nanti !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab baca dari awal sampai habis idzwa. InshaAllah Idzwa pun akan dpt ke sana satu hari nanti, saya doakan. Angan-angan itu penting kerana angan-angan ia akan menjadi kenyataan. hehe

      Delete
  6. thanks info ni DP. memang membantu, teringin juga nak ke NZ. terliur tengok DP pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak sebab sudi baca. Hopefully membantu akak & readers yang lain untuk merancang perjalanan ke NZ nanti.

      Delete
  7. Owh.. Harga minyak kat NZ ikut tempat yerp. Kalau kat Msia buat macam tu mau ramai yg protes kan... hehehe.. Baru tau kita boleh drive kat sana dengan driving lesen kita kat msia yerp. Good info.

    ReplyDelete
  8. wow kak.. thanks.. really appreciate this.. teringin juga jalan dengan caravan tapi CT tak rajin nak laga laga montot dalam tu hahaha.. menarik pengalaman tu tapi xpela..

    ReplyDelete
  9. (boleh dapat semurah NZD 1 dollar / day),

    Murahnya. Dahlah tak perlu lesen antarabangsa.

    ReplyDelete